Categories: FeaturedTrending

Menjelang AJL35… Artis Jalani Swab Test, Peserta Positif Covid-19 Wajib Diganti

Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang berlangsung tidak lama lagi mewajibkan mana-mana artis yang didapati positif Covid-19 selepas ujian untuk mencari pengganti segera.

Penerbit Eksekutif AJL 35, Nurhul Huda Khalid berkata:

“Keputusan ujian itu dijangka akan diketahui dalam tempoh 48 jam atau lebih cepat. Jikalau artis didapati positif Covid-19, wajib diganti dengan artis lain.

“Ujian calitan ini adalah proses peringkat pertama untuk prosedur operasi standard (SOP) ketat kami tetapkan kepada semua yang terbabit dalam AJL35. Keadaan terkini artis adalah hal yang paling merisaukan.

“Justeru, kami perlu melakukan ujian itu hari ini untuk memastikan mereka benar-benar bebas daripada virus terbabit. Ini demi memastikan persiapan acara anugerah itu lancar,” katanya.

Antara selebriti yang menghadiri ujian calitan yang diadakan di Hospital Pakar Management & Science University (MSU) ialah Nabila Razali, Zizi Kirana, Hael Husaini, Awal Ashaari, Sherry Alhadad, Haziq Hussni, Ayie Floor88, Datuk Jamal Abdillah, Misha Omar, dan Dayang Nurfaizah.

Sumber: Metro

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”