Categories: Trending

Arab Saudi Setuju Beri Tambahan 10,000 Kuota Haji Buat Jemaah Malaysia

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kerajaan Arab Saudi bersetuju memberikan tambahan 10,000 kuota haji buat jemaah Malaysia.

 

Perkara tersebut dimaklumkan selepas Perdana Menteri mengemukakan permohonan itu ketika menghadap Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan negara itu di Istana Al-Yamamah pada Rabu.

 

“Apabila situasi haji kembali normal selepas pandemik Covid-19, kita akan mendapat kuota haji itu untuk jemaah kita,”

 

Selain itu, Putera Mahkota memberi jaminan dan jawapan positif terhadap permohonan itu kerana Arab Saudi sentiasa mengalu-alukan jemaah Malaysia yang terkenal dengan tingkah laku yang baik, berdisiplin dan kurang menimbulkan masalah.

 

 

 

Sumber : Bernama

Salma Syahbuddin