Categories: Trending

Selepas Wujud Spekulasi #IbuTidakRestu, Hannah Delisha Kantoi Dah Kahwin Tahun Lalu?

Baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 18 Februari yang lalu, namun timbul pula spekulasi bahawa perkahwinan pelakon Hannah Delisha dan Suami, Imam Shah tidak direstui oleh ibu beliau.

 

Perkara tersebut menimbulkan pelbagai persoalan selepas ibu Hannah, Noor Ashikin Ahmad atau dikenali sebagai @kakcikwujudku memuat naik kata-kata puitis dengan tanda pagar #IbuTidakRestu seolah-olah memberi bayangan perkahwinan itu tidak mendapat persetujuan darinya.

“Pernikahan dilaksanakan dalam rahsia,ditutupi pula dengan media…”

 

 

 

Namun, ibu mentua kepada Hannah Delisha dilihat tampil memberikan sokongan buat anak dan menantunya itu menerusi muat naiknya di instagram pada Selasa.

 

 

Menitipkan doa semoga pasangan pengantin baru itu sentiasa bersabar dengan cabaran dan dugaan sepanjang perkahwinan, ibu Imam Shah yang dikenali sebagai Mariana Yati juga berharap agar perkahwinan anaknya bersama Hannah Delisha kekal sehingga ke syurga.

 

Kantoi nikah tahun lalu, kehadiran Eleena Sui dijadikan bukti!

Masih tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Hannah Delisha atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 25, mahupun suami bagi menjawab kekeliruan tersebut kini, timbul pula kontroversi yang mengejutkan apabila perkahwinan pelakon itu didakwa berlangsung pada tahun lalu.

 

Spekulasi itu timbul apabila ibu mentua Hannah berkongsi gambar majlis perkahwinan anak dan menantunya itu menerusi Facebook yang juga turut dihadiri pelakon dan model Eleena Sui.

 

Menerusi gambar berkenaan, Eleena dilihat memakai busana berwarna biru sambil duduk dan diapit oleh pasangan ini.

 

Namun, apa yang memeranjatkan pada 19 Februari 2020, Eleena dilihat pernah berkongsi gambar dalam persalinan yang sama sambil duduk di kerusi pelamin yang mirip majlis perkahwinan Hannah dan Imam Shah.

 

 

Berbeza dengan penampilan terbaharu beliau sejak Februari lalu, Eleena kelihatan sarat mengandung anak pertamanya iaitu pada bulan Hannah dan Imam Shah berkongsi gambar nikah mereka pada 18 Februari lalu.

 

 

Apapun, sama-sama kita tunggu kenyataan rasmi dari tuan punya badan sendiri bagi menjawab kontroversi panas ini okay!

Salma Syahbuddin