Categories: Trending

Misha Omar ‘Diserang’ Netizen Gara-Gara Vokal Mania

Memuat naik sesi soal jawab di instagram stories miliknya, juri Vokal Mania ini nampaknya telah ‘diserang’ bertubi-tubi oleh netizen.

Ramai yang melemparkan kritikan dan pendapat mereka mengenai rookie, idol, pemilihan lagu, dan arrangement muzik namun, Misha Omar bagaimanapun dilihat membalas segala pertanyaan tersebut sebaik mungkin.

Rookie try so hard sangat sampai out of tune…

Menurut Misha, itu antara cabaran yang perlu dihadapi oleh setiap rookie untuk perform dalam satu pertandingan terutamanya mengawal diri.

“Kadang-kadang kita nak bagi yang terbaik itulah cabaran perform dalam satu pertandingan iaitu mengawal diri. Jadi macam tu lah, try so hard”

Seram tengok rookie?

Ketika ditanya mengenai persiapan rookie menentang idol, Misha Omar atau lebih mesra dengan panggilan Kak Mitch tidak menafikan menjadi seorang rookie itu memang sangat mencabar.

Ini kerana, semua rookie yang berada dalam Vokal Mania tidak tahu siapakah idol yang bakal digandingkan bersama mereka. Malah, lagu yang dipersembahkan semasa battle juga diberi dalam masa yang singkat.

” Menjadi rookie memang sangat mencabar. Sebab diorang tak tahu diorang lawan siapa. Diorang dapat lagu duet untuk battle tu pun hari Rabu atau Khamis, dengan takde experience lagi”

“Saya harap Nuha belajar…”

Ketika ditanya mengenai perjalanan kerjaya Nuha Bahrin selepas persembahan nyanyiannya mendapat kritikan yang teruk sebelum ini, Misha bagaimanapun, mengakui suka dengan suara yang dimiliki Nuha.

Malah, keberanian yang ditunjukkan oleh penyanyi berusia 20 tahun itu dipuji kerana berani tampil ‘daring’ didalam nyanyian nya.

” Saya sangat suka suara Nuha. Saya suka dengan keberanian dia, dia cukup daring dalam nyanyian. Cuma, baru-baru ini apa yang berlaku adalah exposure untuk dia. Harap dia belajar.”

Vokal Tomok tak besar, harap kreativiti je

Sebagai seorang juri dalam Vokal Mania, Misha Omar tidak menafikan vokal yang dimiliki Tomok sebenarnya besar cuma, Tomok kena bijak mencari material atau lagu yang boleh menunjukkan lagi kemampuan beliau.

” Vokal Tomok sebenarnya besar, cuma dia kena cari material yang boleh membesarkan capability dia. Dan, tidak dinafikan Tomok memang kreatif”

Ha, kalau korang nak tahu apa agaknya kelainan yang bakal dibawakan oleh rookie dan idol pada minggu ini, jangan lupa saksikan Vokal Mania, setiap Sabtu, 9 malam, di TV3 okay!

Salma Syahbuddin