Categories: Trending

Momen Meruntun Jiwa Tengku Permaisuri Selangor Ketika Pengebumian Ayahanda Tercinta, Rakyat Banjiri Ucapan Belasungkawa

Baru sahaja kehilangan Ayahanda tersayang, Tuan Haji Abdul Rahman Bin Baba pada jam 3.40 pagi, 20 April 2021 bersamaan 8 Ramadan 1442H akibat sakit tua, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin kelihatan sugul pada majlis pengebumian tersebut yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah semalam.

Menerusi hantaran di laman Facebook dan instagram Selangor Royal Office, kelihatan beberapa foto yang merakamkan momen-momen meruntun jiwa Tengku Permaisuri Selangor yang membuatkan rakyat merasa sebak.

Malah, rata-rata rakyat yang melihat foto-foto yang dibidik oleh jurufoto rasmi Selangor Royal Office iaitu saudara Mohd Asri Saifuddin Mamat ini sempat dibanjiri dengan ucapan belasungkawa buat seluruh keluarga Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan keluarga.

 

Sumber : Facebook, instagram Selangor Royal Office

Salma Syahbuddin