Trending By: Attiqah Mohd November 16, 2020 @ 7:17pm

Moratorium : Bantuan Pembayaran Bagi Pelanggan B40, M40

Bank Muamalat akan memberikan bantuan pembayaran bersasar yang dipertingkatkan kepada pelanggan B40 dan perusahaan mikronya yang terjejas dari segi kewangan akibat pandemik Covid-19.

Penerima BSH, BPR dan Perusahaan Mikro terima bantuan 

Bantuan kewangan itu disasarkan kepada pelanggan B40, yang terdiri daripada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) / Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan perusahaan mikro dengan jumlah pembiayaan yang diluluskan sehingga RM150,000.

Pelanggan yang layak boleh memilih penangguhan bayaran ansuran selama tiga bulan atau pengurangan 50 peratus bayaran ansuran selama enam bulan.

Mereka yang memilih untuk tidak mengikuti moratorium automatik yang diumumkan pada Mac 2020 juga layak mendapat bantuan tersebut, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bank itu berkata pelanggan yang pembiayaannya diluluskan sebelum 1 Okt 2020 dan tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permintaan akan layak untuk kemudahan tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, pihak bank telah menghubungi pelanggan melalui pelbagai platform media sosial bagi memastikan mereka mengetahui bantuan tersebut.

Pelanggan boleh mengemukakan permohonan mereka kepada Bank Muamalat bermula 23 Nov, 2020, kata Khairul.

Bagi pelanggan M40 yang berdaftar sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bank itu berkata pihaknya telah mempermudahkan proses permohonan bantuan pembayaran, dan pemohon hanya perlu menyediakan pernyataan diri mengenai pengurangan pendapatan mereka untuk memohon bantuan itu.

Pelanggan yang memerlukan maklumat lanjut mengenai bantuan itu dinasihatkan untuk melayari cawangan terdekat atau menghubungi Bank Muamalat di talian 03-2600 5500 atau melayari laman webnya di www.muamalat.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 Dec 2022

[VIDEO] Neelofa Kongsi Tips Mata Segar Untuk Bangun Solat Tahajjud

Haa siapa yang liat nak buka mata tu boleh try tips ni

Featured Tue, 1 Nov 2022

Buat Kerja Amal, Shaza Bae Jual Sebahagian Baju Untuk Didermakan

Pelakon tinggi lampai Shaza Bae meraih pujian warganet kerana menjual baju-bajunya dan separuh keuntungan hasil jualan baju tersebut akan didermakan kepada golongan yang memerlukan. Shaza memberitahu kepada warganet semasa sesi live di Instagram, dia merupakan […]

Featured Fri, 19 Jan 2024

“Demi Allah! Benda Tu Berlaku Secara Spontan” –  Tyzo Nafi Dakwaan Sengaja Mahu Jatuhkan DJ Lin

Allahu, macam tu rupanya, Tyzo tak berniat apa-apa pun diatas ucapannya yang tular tu😪

Trending Sun, 3 Feb 2019
Trending Mon, 24 Aug 2020

Selepas Hagia Sophia, Bekas Gereja Ini Pula Ditukar Menjadi Masjid

Semoga akan ada lagi lebih banyak berita gembira selepas ini

Trending Tue, 9 Mar 2021