Euforia Bola 2026
Trending By: Padin May 23, 2022 @ 6:20pm

Penerbit Jaja Ishak Puji Mutu Lakonan Hairul Azreen – “Bila Melihatkan Perkembangan Bakatnya, Saya Percaya…”

Penerbit drama tempatan, Jaja Ishak memuji mutu lakonan yang ditonjolkan oleh pelakon Hairul Azreen.

Jaja yang menghadiri tayangan perdana filem The Assistant lakonan Hairul baru-baru ini berharap apa yang ditonjolkan dapat membuka mata pelakon baharu lain.

“Mutu lakonan Hairul semakin baik dari semasa ke semasa, terutamanya dalam The Assistant. Saya mengikuti perkembangan dia sejak dahulu dan saya percaya bakat yang ada pada Hairul mampu pergi jauh lagi pada masa hadapan.

“Ini merupakan satu perkembangan yang baik untuk Hairul. Saya mengikuti lakonannya sejak drama Misiku Kuza dan beberapa drama popular yang lain. Bila melihatkan perkembangan bakatnya, saya percaya sesiapa sahaja mampu jadi sepertinya sekiranya diberikan naskhah yang baik, pengarah yang hebat dan mampu membangunkan potensi pelakon.

“Semoga apa yang dinikmati oleh Hairul hari ini mampu membuka mata pelakon lain untuk terus meningkat mutu lakonan lebih baik pada masa hadapan,” kata Jaja.

Penerbit drama bersiri Saat Kau Takluk Cinta Ini juga memuji filem arahan Adrian Teh itu dan menganggap ia menjadi penanda aras kepada sinema tempatan yang dilihat baru bernafas semula pasca pandemik yang melanda dunia.

“Memang teruja dan gembira apabila dapat sama-sama meraikan The Assitant yang membariskan pelakon hebat tanah air. Mereka bukan sahaja berkarisma membawakan watak dengan baik tetapi dalam masa yang sama berjaya membawa emosi penonton ikut turun naik.

“Saya anggap ini merupakan antara karya yang harus ditonton oleh semua peminat yang sudah lama tidak menonton filem aksi tempatan. Semua akan berpuas hati dengan The Assitant ini.

“Sebagai rakyat Malaysia dan sama-sama terlibat dalam bidang kreatif, saya bangga dengan apa yang dicapai oleh The Assitant hingga mampu menyertai festival di luar negara dan mengharumkan nama Malaysia.

“Kita berharap lebih banyak filem tempatan yang lain mampu untuk pergi jauh dan terus dibanggakan. Ia juga membakar semangat penerbit lain untuk sama-sama menghasilkan produk yang lebih baik,” katanya.

Filem The Assistant merupakan terbitan Act 2 Pictures mengangkat kisah seorang pemuda yang merengkuk dalam penjara atas kesalahan yang tidak dilakukannya.

Menariknya, baru sahaja ditayangkan secara rasmi pada 19 Mei lalu, The Assistant sudah pun menyertai Far East Festival Film (FEFF) ke-24 di Udine, Itali bulan lalu.

Sudah meraih kutipan RM1 juta selepas empat hari tayangan, filem ini juga akan menyertai The Assistant akan menyertai Neuchatel International Fantastic Film Festival (NIFFF) di Switzerlan dan sebuah festival filem di Brussels, Belgium.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 3 May 2021

Bayaran i-Sinar Dibuat Pada Hari Isnin Sehingga 11 Mei

Umum maklum, sejak kerajaan memperkenalkan i-Sinar, isu ini sering menjadi tumpuan utama rakyat. Terbaru, Kumpulan Wan Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan pembayaran bagi permohonan i-Sinar pada bulan ini akan dibuat pada Isnin sehingga 11 Mei ini. […]

Featured Mon, 24 Mar 2025

“Cari Hak Di Mahkamah, Bukan Merentan Di IG”- Tuduhan Lepas Tanggungjawab, Fizi Ali Tegur Shakilla Khoriri

Fizi meminta bekas isterinya itu untuk tidak terus ‘merentan’ di sosial media

Featured Mon, 21 Oct 2024
Hiburan Sun, 2 Feb 2025
Featured Sun, 19 Apr 2020
error: Content is protected !!