Categories: Trending

Mulut Tempayan Punya Hal, Selebriti Tak Diundang Ke Perkahwinan Meghan Markle

Aduhai…gara-gara dikatakan mulut tempayan, bekas bintang realiti TV yang dikenali menerusi rancangan televisyen Made In Chelsea, Millie Mackintosh tidak diundang ke majlis perkahwinan kawan baik sendiri. 

Lapor akhbar Mail, selebriti itu dilarang menghadiri perkahwinan diraja Putera Harry dan Meghan Markle.

Putera Harry dilaporkan telah melarang isterinya, Meghan Markle supaya tidak menjemput rakan baiknya itu.

“Putera Harry percaya dia (Millie) mulut tempayan dan tidak patut hadir pada majlis penting mereka.

“Putera Harry jarang memberitahu Meghan apa yang perlu dilakukan tapi kali ini, dia tegas dengan pendiriannya terhadap Millie,” kata.

Difahamkan Meghan dan Millie berkawan rapat selepas diperkenalkan melalui rakan mereka ketika sedang bercuti bersama-sama.

Tak apalah Millie, tonton majlis perkahwinan diraja itu di televisyen pun okay kan? 

 

SGMS Faida