Categories: HiburanSelebriti

Fara Fauzana Tetap Bersemangat Mahu Ke Syria

Walaupun keadaan tidak mengizinkan disebabkan masih lagi memerlukan bantuan khas untuk kaki kiri beliau namun, bagi bekas pengacara Muzik Muzik  dan penyampai radio popular Hot FM ini, itu bukanlah alasan untuk beliau tidak terus komited dalam mengikuti misi Pelarian Syria yang ditempatkan di kem pelarian di Jordan dan Turki menerusi Misi Bantuan Kemanusian Syria Ramadan Al-Habeeb 6.0.

Fara telah berlepas bersama tiga lagi sukarelawan dalam menjayakan misi ini sebelum kembali pulang ke tanah air sebelum 9 Jun nanti. Menurut Fara, sebelum berangkat ke sana, persediaan dari segi fizikal dan mental telahpun dilakukan kerana beliau sendiri kena fokus terhadap misi kemanusiaan ini.

“Dari segi persiapan mental, saya dah bersedia danuntuk fizikal pula, jika ada rasa sakit atau mengahadapi masalah sekali pun, ada benda yang perlu saya fokus.  Jadi ini memberi semangat kepada saya dan ia tidak mendatangkan masalah.” Katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Jordan.

Menurut Farah, ini adalah kali kedua dirinya menyertai misi bantuan untuk pelarian Syria dan sebagai duta MLLFS, Fara berperanan menjadi perantara untuk menyampaikan sendiri bantuan sumbangan daripada rakyat Malaysia. 

Dalam pada itu, fara berkata semasa di Jordan dia juga akan merasai pengalaman bermalam bersama balu dan ibu tunggal pelarian terbabit untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan mereka.

Sebelum ini saya tidak berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman bermalam bersama ibu-ibu tunggal dan balu di sana, tetapi kali ini saya akan tengok lebih dekat realiti sebenar kehidupan pelarian Syria. Dan, siaran langsung kita akan bawakan menerusi siaran langsung menerusi laman sosial, facebook.” Jelasnya

Misi bantuan berkenaan adalah anjuran bersama Malaysia For Life Line for Syria (MLLFS) iaitu sebuah projek di bawah Global Peace Mission Malaysia yang diadakan sejak tujuh tahun konflik yang berlaku di negara berkenaan.

Apapun, diharap segala urusan para sukarelawan kita di sana sentiasa dipermudahkan terutamanya di bulan ramadan yang mulia ini.

Salma Syahbuddin