Trending By: Salma Syahbuddin December 21, 2020 @ 10:30am

Mummy Lebih ‘Drama’ Di Minggu Ke-6 & Peserta Manakah Yang Dapat Standing Ovation? Jom Recap Persembahan & Komen Penuh Juri Di LCK2

Kali ini pentas Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) kembali dihangatkan dengan penampilan dua pengacara popularnya iaitu, Elly Mazlein dan Diva AA selepas Diva AA dilaporkan kurang sihat pada minggu lepas.

Malah, kedua-dua pengacara meletup ini turut membuat persembahan pembukaan menerusi lagu Anggapanmu yang pernah di popularkan oleh Ziana Zain sekitar tahun 1993.

Bukan itu sahaja,  minggu ke-6 ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran panel cinta iaitu Dato Sri Vida dan artis undangan Black yang akan membuat persembahan penutup bersama Mas Idayu atau lebih mesra dengan panggilan Mummy untuk episod ke-6 ini.

Episod kali ini juga dikatakan lebih ‘panas’ kerana Mummy tidak sependapat dengan juri tetap, Ajai. Malah, Mummy juga dilaporkan lebih banyak ‘drama’ pada minggu ni. Betu ke?

Kalau korang nak tahu, kenapa agaknya LCK2 minggu ke-6 ini lebih ‘panas’ dari biasa, jom kita recap kedudukan dan komen juri pada minggu ini!

Syafiq & Serra

Mas Idayu – 50%

Hael Husaini – 70%

Ajai – 65%

Lagu – Untukmu Sayang

Kembali mempertaruhkan lagu Untukmu Sayang nyanyian Kumpulan Febians, pasangan ini nampaknya tidak dapat menebus persembahan pada minggu lalu apabila panel juri beranggapan persembahan Syafiq dan Serra kali ini kurang ‘Umph!’ berbanding ketika membawakan lagu Drama.

Mas Idayu : Syafiq disini mummy sangat suka dari awal sampai akhir nyanyi lagu ini. Serra, soul awak hilang. Mummy tak dapat merasakannya. Apapun, harmonise awak berdua sedap!

Hael Husaini : First of all, awak antara pasangan yang sangat serasi. tapi pada pendapat saya, ini mungkin kelebihan buat Syafiq dan Serra mungkin tak dapat nak tunjukkan sangat. Overall, saya lebih suka persembahan anda last week.

Fariqwan & Mina

Ajai – 70%

Mas Idayu – 30%

Hael Husaini – 65%

Lagu – Yang Sedang-Sedang Saja

Nampaknya persembahan pasangan Fariqwan dan Mina untuk minggu ini juga gagal menambat hati juri cinta. Malah, mummy menyifatkan persembahan kali ini agak kelam kabut. Sehinggalah, mencetuskan kemarahan mummy dan Ajai.

Mas Idayu : Awak sebenarnya agak beruntung, bagi mummy penyampaian, stage discipline pun kelamkabut, plan semua macam tak buat. Dan mummy tak menarik sama sekali.

Ajai : Saya melihat dari angle kebanyakan mereka umur-umur begini boleh membawakan lagu yang bagus seperti Haqim Rusli dan sebagainya. Saya sanjung budak-budak seperti ini yang ada kreativiti yang lain dari orang lain.

Kael & Evie

Ajai – 80%

Hael Husaini – 80%

Mas Idayu – 70%

Lagu – My Baby You

Seringkali tampil dengan persembahan yang memukau, tidak hairanlah Kael dan Evi seringkali mendapat markah yang tinggi dari panel juri.

Hael Husaini : Saya rasa mereka layak mendapat 80 markah. Which is A. You guys are lucky this is your forte. Evie awak membawakan lagu ini ke tahap yang baru dengan feel awak sendiri. To be honest, this is the highlight untuk malam ini.

Ajai : Okay Kael, sebenarnya prestasi awak ke arah penghayatan dah seiring dengan Evie. Bila ada persembahan dalam duo, inilah jadi dia.

Adly & Darling

Hael Husaini – 75%

Mas Idayu – 59%

Ajai – 72%

Lagu – Semakin Hari Semakin Sayang

Antara peserta yang seringkali menang dengan pujian panel juri, Adly dan Darling nampaknya memberikan persembahan yang baik dengan membawakan lagu yang popular di era 70-an.

Hael Husaini : Saya nak puji effort awak sebab lagu ini bukan zaman awak dan awak kena lakukan banyak tugas untuk lagu ini. Dan kombinasi korang sangat baik. Saya rasa balance korang dia buat saya tersenyum.

Mas Idayu : Effort awak sesuai dengan markah korang malam ini. Adly, boleh lembutkan sikit suara tu supaya boleh sesuai dengan Darling.

Mya & Iss Araffan

Ajai – 80%

Hael Husaini – 82%

Mas Idayu – 75%

Lagu – Cintaku 100%

Berani membawakan lagu yang pernah dipopularkan oleh Mas Idayu, pasangan ini nampaknya menghangatkan pentas LCK2 dengan mengetengahkan lagu bergenre dangdut sekaligus berjaya mendapat ‘standing ovation’ dari penyanyi asalnya yang juga merupakan juri cinta, Mas Idayu.

Ajai : Point saya ini adalah kamu versatile. Dan kemeriahan ini dapat dirasai apabila kamu membawakan lagu rancak.

Hael Husaini : Terima kasih kerana memberikan persembahan yang menghiburkan.

Mas Idayu : Mummy rasa lagu ini dibawakan biasa-biasa. Rupanya luar biasa.

Amir & Balqis

Ajai – 38%

Hael Husaini – 60%

Mas Idayu – 55%

Lagu – Mulanya Disini

Nampaknya persembahan kali ini tidak memihak kepada pasangan Amir dan Balqis apabila persembahan mereka tidak mendapat perhatian dari panel juri cinta kita sekaligus tersingkir pada minggu ke-6 ini.

Ajai : Ini kita pegi to basic dulu, pitching banyak sangat Mir, feeling tu ada banyak kepada Balqis. Mungkin you need more lagi experience.

Mas Idayu : Kalu bagi mummy, mummy setuju dengan Ajai. Dan ada pitching here and there. Persembahan tiada masalah, penjiwaan tu kosong.

Khareez & Nadeera

Hael Husaini – 81%

Mas Idayu – 85%

Ajai – 83%

Lagu – Kehebatan Cinta

Tidak dapat dinafikan, pasangan Khareez dan Nadeera ini antara pasangan yang konsisten setiap kali bila berada di atas pentas. Malah, chemistry kedua-duanya juga dilihat bertambah baik setiap minggu.

Hael Husaini : Saya tengok persembahan anda semakin membuak-buak ya. Lagu ini juga diberi nafas baru dan awak buat lagu ini macam lagu awak. Congratulation!

Ajai : Khareez, awak ada vokal yang lantang, So feel awak kena kuat lagi!

Hareez & Mafa

Ajai – 83%

Hael Husaini – 80%

Mas Idayu – 78%

Lagu – Bunga Angkasa

Seperti pasangan Kael dan Evie, Khareez dan Nadeera, Mafa dan Hareez juga antara peserta LCK2 yang tidak pernah memberikan persembahan yang kurang memuaskan sepanjang 6 minggu berlangsung.

Ajai : First, Hareez saya suka bila awak nyanyi first not tu. Apabila high note tu itu adalh extra kamu. Mafa, saya dah dengar kesyahduan suara kamu. itu satu improvement. Tahniah buat kamu berdua!

Hael Husaini : Overall performance saya suka, sebab lagu ini lagu rock tapi awak buat macam lagu awak, your own version.

Pentas LCK2 terus dihangatkan dengan persembahan penutup dari Mas Idayu dan Black Hanifah menerusi lagu Dua Insan Bercinta.

Namun, penyingkiran tetap diteruskan apabila minggu ke-6 ini menyaksikan pasangan Amir dan Balqis terpaksa meninggalkan pentas LCK2.

Apapun, buat peminat LCK2 jangan lupa terus mengundi peserta kegemaran korang menerusi paparan QR Code pada skrin televisyen korang dan saksikan secara langsung Lagu Cinta Kita 2 minggu hadapan pada setiap hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3 dan ianya juga boleh di strim secara LIVE HD di  www.tonton.com.my.  

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 2 Nov 2018
Trending Wed, 13 Jul 2022

“Tutup Terus Pusat Komedi Itu… Saya Tidak Sependapat” – Syamsul Yusof Saran Beri Amaran Keras & Undang-Undang Diperketat

Pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof dilihat memberikan pendapatnya mengenai isu yang sedang tular berkaitan seorang pelawak yang dilihat seolah-olah mencabar agama. Menurut Syamsul menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, beliau menyarankan agar pihak berwajib […]

Featured Thu, 18 Aug 2022

“Wow, Sesuai Sangat Ni!” – Nak Jadi Anak Mahsuri, Izara Aishah Idam Berlakon Dengan Maya Karin

Uishhh, mantap ni kalau Izara Aishah bergabung dengan Maya Karin! Lovee aktres hebat hebat ni

Trending Sat, 30 Jun 2018

Nikah Hanya ‘Ikat’ Tanda, Isteri Ketiga Masih Bersama Keluarganya

Saya mengenali isteri ketiga sudah lama dan saya menyembunyikan pernikahan ini untuk mengelakkan terjadinya perselisihan faham bagi dua isteri lain.

Trending Wed, 21 Nov 2018

E-Cigarettes and Vapes are 95% Safer Than Cigarettes

So it’s actually better to move onto these electronic devices rather than smoke those old school sticks…

Hiburan Thu, 9 Mar 2023