Categories: Trending

Muncul Dengan Lagu Duet, Daniesh Suffian Tumpang Populariti Aina Abdul?

Penyanyi baru, Daniesh Suffian kini muncul dengan lagu duet bersama Aina Abdul yang berjudul Warna Warni.

Baru sahaja dilancarkan, single ciptaan Firdaus Rahmat, Iqie Hugh dan Mas Dewangga ini merupakan usahasama antara MonkeyBone dan platfom penstriman filem, tonton CINEMA.

tonton CINEMA merupakan sebuah perkhidmatan penstriman Bayar Per Tontonan (Pay Per View PPV) yang membawakan filem terbaik terus ke rumah anda, menjadikannya ruang pawagam anda sendiri.

“Alhamdulillah, respons yang diberikan oleh peminat sangat baik. Setakat ini, banyak maklum balas positif. Ini merupakan kolaborasi pertama saya dengan Aina.

“Proses rakaman sangat mudah dan cepat. Selain berduet, saya melihat sendiri bagaimana Aina merakamkan lagu dan saya mengambil peluang untuk belajar senyap-senyap,” katanya.

Ketika ditanya mengenai dakwaan menumpang populariti Aina yang bakal timbul apabila mereka muncul dengan lagu duet, Daniesh mempunyai jawapan tersendiri.

“Terpulang untuk orang lain nak cakap apa, tapi bagi saya, ini adalah peluang keemasan. Berduet dengan Aina adalah ‘wishlist’ saya, jadi ia seperti mimpi menjadi kenyataan.

“Dalam situasi sekarang, ini adalah peluang yang tak boleh saya lepaskan. Terima kasih kepada pihak Monkey Bone, tonton CINEMA, TV3 dan Aina sendiri kerana sudi menjayakan kolaborasi ini,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Daniesh baru sahaja muncul dengan single terbarunya yang berjudul Mahligai.

Baru sahaja dikeluarkan pada penghujung Mei lalu, Mahligai mendapat sentuhan Daniesh sendiri bersama Firdaus Rahmat, Iqie Hugh dan Hanis Rafi.

Jangan lupa dengarkan lagu Warna Warni duet antara Daniesh dan Aina di semua pelantar digital dan di laman YouTube Monkey Bone.

Untuk lebih informasi mengenai tonton CINEMA, jangan lupa layari https://cinema.tonton.com.my/ atau muat turun aplikasi tonton di App Store & Play Store!

 

Padin