Categories: FeaturedTrending

“Nak M*ki, M*ki Jelah Watak Tu Bukan Pelakon” – Nazim Othman Luah Rasa Kecewa Dimaki Gara-Gara Takdir Yang Tertulis

Nampaknya, penangan drama Takdir yang Tertulis benar benar membuatkan penonton hilang pertimbangan.

Gara-gara tidak puas hati dengan watak Azlan yang dilakonkan oleh Nazim Othman dalam episod 10, menyebabkan salah seorang individu telah bertindak di luar kawalan.

Perkara tersebut diluahkan oleh salah seorang pelakon utama iaitu Nazim Othman. Menurut Nazim, dirinya telah dimaki oleh salah seorang individu yang tidak dikenali akibat tempias drama tersebut.


“Korang ni kan, tahulah korang marah, emo, geram dengan drama tu. Tapi yang tak fahamnya, kenapa nak maki hamun pelakon pulak? Nak maki, maki jela watak tu. Bukan pelakon.” tulisnya.

Rata-rata peminat yang menghujani ruangan komen membalas bahawa lakonan Nazim sangat memberi impak sehinggakan para penonton merasakan perkara tersebut benar-benar berlaku dalam kehidupan realiti.

Kalau korang nak tahu kenapa drama ni berjaya membuatkan penonton tertekan, korang wajib tonton tonton setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam menerusi saluran TV3.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”