Categories: Trending

‘Shooting’ Kini Dibenarkan Kecuali… – MKN

Kalau sebelum ini golongan sektor industri kreatif bimbang kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana ia sedikit sebanyak menjejaskan sumber pendapatan mereka sekaligus memohon agar pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) menetapkan operasi standard (SOP)khas bagi sektor industri kreatif.

Justeru itu, MKN telah mengeluarkan SOP bagi 6 aktiviti pembangunan kandungan kreatif dalam sektor industri kreatif pada Isnin.

Antara 6 aktiviti yang dibenarkan itu adalah produksi animasi dan muzik, pasca-produksi di studio, pembangunan muzik secara digital, rakaman lagu di studio, pra-produksi penggambaran dan penggambaran di studio.

Aktiviti penggambaran di studio merangkumi drama, telefilem, iklan, dokumentari, sitkom, penstriman secara langsung, rakaman kebudayaan, seni dan warisan tanpa penonton.

Namun, kesemua aktiviti tersebut TIDAK dibenarkan beroperasi di kawasan yang berada di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Manakala, bagi mana-mana proses ujibakat adalah disarankan sekiranya dilakukan secara pra-produksi maya ataupun melalui penghantaran video oleh artis atau pihak terlibat.

Dan, kapasiti pekerja yang dibenarkan pada satu-satu masa pula TIDAK boleh melebihi 20 orang.

Selain itu, pihak yang terbabit dalam sektor industri kreatif haruslah mematuhi protokal kawalan dan pencegahan penyakit pemeriksaan suhu badan, penggunaan aplikasi MySejahtera, pembersihan dan nyahkuman premis dan penjarakan fizikal.

 

 

Sumber :  Harian Metro

Salma Syahbuddin