Categories: Trending

Tempoh Kuarantin Menteri Pulang Dari Luar Negara Dikurangkan – Dr Adham Baba

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan, jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi di luar negara perlu menjalani pemerhatian selama tiga hari atau pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan kesihatan orang ramai.

Dan, menteri terbabit dikecualikan daripada menjalani pemerhatian atau pengawasan selama 10 hari.

Perkara itu dinyatakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan terbaru di bawah Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021 yang disiarkan pada laman sesawang Jabatan Peguam Negara hari ini.

Menurutnya, ia tertakluk kepada perenggan 3, Menteri mengecualikan Jemaah Menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara daripada pemakaian Seksyen 15 Akta.

“Jemaah Menteri yang kembali dari lawatan rasmi luar negara hendaklah menjalani pemerhatian selama tiga hari atau menjalani pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai,” 

Dr Adham Baba juga menyatakan peraturan itu akan berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 1 Ogos 2021.

Terdahulu, kerajaan sebelum ini memendekkan tempoh kuarantin di Malaysia ke atas prosedur pengurusan kuarantin wajib kepada pengembara yang pulang dari luar negara dan kontak rapat kepada kes yang disahkan positif Covid-19 daripada 14 kepada 10 hari.

 

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin