Categories: FeaturedTrending

Perniagaan Runcit Belum Dibenarkan Beroperasi, Peniaga Diminta Tunggu Kebenaran MKN

Susulan negara masih lagi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP ), peniaga sektor peruncitan yang masih belum dibenarkan beroperasi sepanjang diminta bersabar dan menunggu sekiranya ada pengumuman dibuat kerajaan berhubung operasi pembukaan semula sektor berkenaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya sudah berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi peniaga sekiranya mereka dibenarkan beroperasi semula.

“Kerajaan amat prihatin terhadap peniaga sektor peruncitan yang terjejas akibat perniagaan ditutup ketika ini. Banyak implikasi jika sektor ini ditutup dalam tempoh masa lama termasuk pekerja hilang pekerjaan.

“Mungkin akan ada pengumuman yang akan dibuat kerajaan berhubung perkara ini,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di NSK Trade City Jalan Kuchai Lama, di sini, sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2021, hari ini.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”