Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd March 23, 2021 @ 2:37pm

Neelofa, PU Riz Dikhabarkan Bakal Berkahwin Hujung Minggu Ini?

Tidak ada angin, tidak ada ribut namun spekulasi perkahwinan antara pengacara Neelofa dan pendakwah bebas PU Riz mulai bertiup kencang hari ini.

Rata rata pengguna laman sosial heboh memperkatakan pasangan itu bakal bernikah hujung minggu ini.

Antara tarikh hangat diperdebatkan dalam laman sosial antara Khamis, Jumaat dan Sabtu ini. Bagaimanapun, sehingga kini, tiada bukti kukuh berhubung tarikh yang diperkatakan.

Khabar angin tersebut mulai bertiup apabila sebuah video di laman Instagram lofa.page menunjukkan PU Riz dan sebuah kedai sambil membelek sampin songket, bagaimanapun dipadam selepas beberapa jam dimuat naik, semalam.

Video itu menyusul selepas kelihatan Neelofa di sebuah butik baju dimuat naik dalam akaun sama dengan kapsyen “team bride”.

 

Sehingga kini, pihak Neelofa dan PU Riz masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkahwinan mereka.

Rata-rata peminat mendoakan kebahagiaan Neelofa dan PU Riz, sama sama kita tunggu kesahihannya.

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 7 Aug 2023
Featured Sat, 22 Oct 2022

Didakwa Nikah Tanpa Pengetahuan Keluarga, Abang Viva Tampil Buka Mulut – “Dah 5 Kali Cakap Pada Mak, Cuma Mereka Tak Setuju Dengan Pilihan Hati Saya…”

Hmm.. Sabarlah Abang Viva, ini ujian dalam perkahwinan. Apa pun min harap semuanya dapat diselesaikan dengan baik.

Trending Thu, 11 Feb 2021
Featured Sun, 23 May 2021

‘Tak Kemaruk Soal Cinta, Tak Gelabah Fikir Jodoh, Heliza Helmi Layak Dijadikan Ikon Wanita Muslimah’

Penyanyi dan aktivis Heliza Helmi tidak asing lagi dalam  memperjuangkan misi kemanusiaan. Walaupun jarang muncul di kaca televisyen dnamun beliau masih aktif dalam pelbagai misi kemanusiaan dalam menghulurkan bantuan buat rakyar di Syria dan Palestin. […]

Featured Sun, 29 Mar 2020
Featured Mon, 28 Oct 2024
Events Mon, 18 Aug 2025
Featured Mon, 16 Jul 2018

Jerawat Belakang Badan Ganggu Emosi Anda? Ikut Saja Tip Mudah Ini

Jerawat belakang badan tumbuh akibat perubahan hormon.

Featured Fri, 20 May 2022

“Onz Outfit Dia…” – Bersenam Pakai Dress Labuh, Aina Abdul Curi Perhatian

Slay Girl! 🔥 Lepas ni takde lah alasan tak boleh workout sebab takde outfit 🤣

error: Content is protected !!