Categories: Trending

Netizen Puji Mesej Anti-Buli Dendam Penunggu… OST Nyanyian Khai Bahar Pun Best!

Dendam Penunggu merupakan filem original pertama dibawah tonton CINEMA yang mengangkat tema anti-buli.

Antara barisan pelakon yang ditampilkan dalam filem ini adalah Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Imran Aqil dan ramai lagi.

Sedang hangat ditayangkan di tonton CINEMA, ia mengisahkan tentang lima orang pelajar baharu di Kolej Kebangsaan Malaya yang menemukan rahsia-rahsia gelap yang menghantui sekolah mereka.

Pada masa yang sama, pelajar-pelajar ini juga menghadapi pelbagai cabaran daripada pembuli yang ada di sekolah mereka.

Sejajar dengan keadaan semasa yang mana buli telah menjadi satu perkara yang berleluasa terutamanya terhadap golongan belia, Dendam Penunggu yang merupakan filem bergenre seram amat berkait dengan situasi yang dihadapi anak muda.

Antara komen netizen yang menarik perhatian ialah mengenai kisah asrama yang dipaparkan dalam Dendam Penunggu.

Selain itu, lagu tema Dendam Penunggu, Sengsara nyanyian Khai Bahar juga mendapat respons positif peminat.

Jangan lupa untuk melanggan Dendam Penunggu secara eksklusif di www.cinema.tonton.com.my atau aplikasi tonton dengan harga langgan RM12.90 untuk tontonan selama 48 jam.

Padin