Categories: Trending

Netizen Tempelak Raja Ilya, Dakwa Keputusan Tolak Tawaran Filem Marvel Drama Semata-Mata

Saat dia mengumumkan bakal membintangi filem produksi Hollywood, ribuan peminat dan penggiat industri berasa bangga dengan perkhabaran itu, kerana bukan mudah untuk artis tempatan menembusi industri perfileman terbesar dunia itu.

Bercakap mengenai aktres atau aktor Asia Tenggara, lazimnya mereka yang berkaliber dari Hong Kong, Korea dan Jepun saja sering mendapat peluang ini. Justeru apabila nama Raja Ilya disenarai pendek dalam senarai pembikinan filem Marvel diproduksikan produksi Hollywood, tentunya ia berita membanggakan.

Malangnya setibanya di Los Angeles (LA), pelakon diberikan jolokan Sandra Bullock Malaysia itu, terpaksa pula menolak tawaran untuk berlakon dalam sebuah filem Marvel. Kenapa ya?

Ekoran keputusannya itu, Raja Ilya, ditempelak netizen kononnya pemergiannya ke LA drama semata-mata, bukan untuk berlakon sebaliknya menikmati holiday!

Ilya memberitahu dia terpaksa berundur diri apabila studio penerbitan tersebut menetapkan syarat tidak bersesuaian dengannya.

Foto Kredit : Instagram Raja Ilya

“Saya fikir ia tidak sesuai dengan kita, saya tidak boleh ulas panjang tapi saya percaya semua pihak faham,” katanya yang sudah menerima tawaran daripada pihak lain.

Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 32, berjaya mencuri perhatian ramai apabila dikatakan sanggup melakukan perubahan pada diri dengan menjalani prosedur pembedahan demi menjayakan naskhah Hollywood pertamanya itu.

Tidak cukup dengan itu, nama wanita berdarah kacukan Melayu, Arab dan Malayalam itu kembali hangat selepas ada pihak mendakwa dia sanggup berbohong demi meraih publisiti murah dengan mengaku bakal berlakon naskhah Hollywood pertamanya itu.

Ini kerana, tiada sebarang hebahan dari negara luar di samping Raja Ilya sendiri mengambil pendekatan mengunci mulut mengenai sebarang maklumat lanjut mengenai filem berkenaan.

 

Foto Kredit : Instagram Raja Ilya

“Saya sangat teruja untuk berkongsi… Tetapi saya sudah tandatangan perjanjian rahsia dan diminta ‘mengunci’ mulut,” katanya.
 
Bagaimanapun, selepas memaklumkan khabar berkenaan, pelakon yang popular menerusi filem Appalam itu dihujani pelbagai komen negatif daripada peminatnya.

“Dah fikir masak-masak ke tolak tawaran berlakon ngan Marvel? Tolak tawaran atau Marvel yang tolak akak?” tulis salah seorang pengguna.

“Koje nak gebang je sampai ke subuh. Malu org Ipoh je,” tambah netizen lain.

“Dari kata berlakon dengan Kajol, dapat tawaran Marvel, lepas tu skrip dah dapat, pergi Los Angeles macam holiday. Lepas tu kata tolak tawaran Marvel. Nak menipu je kerja,” tulis pengguna lainnya.

 

Foto Kredit : Instagram Raja Ilya

Sumber :  www.bharian.com.my

Yanie Baharom