Categories: Gaya Hidup

Mengalami Masalah Perut Buncit? 5 Jenis Makanan Ini Boleh Bantu Kempiskan Perut!

Setiap wanita pasti mengidamkan bentuk badan yang langsing serta perut yang kempis. Barulah nampak lebih cantik penampilan setiap hari! Nak pakai baju apa pun semuanya tidak akan menjadi masalah. Betul tak?

Tetapi kalau perut buncit, mesti anda akan stress kan? Lagi-lagi pada para ibu yang baru lepas melahirkan anak, pasti mereka akan mencuba pelbagai cara untuk mengempiskan perut termasuklah memakai bengkung.

Sebenarnya untuk membuatkan perut sentiasa kempis tidaklah mudah, ia memerlukan diet dan senaman yang berkala. Tahukah anda, pengambilan jenis makanan tertentu sebenarnya dapat membantu susutkan perut anda yang buncit itu. Jadi, kami kongsikan 5 jenis makanan tersebut.

1. Roti Gandum

Berdasarkan kajian oleh Tufts University, orang dewasa yang makan tiga hingga lebih banyak bijirin sehari boleh menyingkirkan 10 peratus lemak dalam badan. Mungkin anda boleh memulakan diet anda dengan mengambil roti gandum berbanding roti putih. Anda juga perlu menukar beras merah daripada beras putih. 

2. Frozen Yogurt

Berdasarkan penyelidikan di University of Alabama, wanita yang makan setengah gelas yogurt beku dalam satu hari dapat menghilangkan satu inci lemak mereka. Sekiranya anda mempunyai alahan, anda boleh menggantikan  dengan makanan kalsium  lain seperti bayam, tauhu, lobak dan ikan sardin.

3. Minyak Zaitun

Foto: Neonetwork

Biasanya, ramai akan melakukan diet pemakanan untuk nampak langsing. Cara ini juga mampu untuk membuatkan perut anda kempis! Berdasarkan penyelidikan di Switzerland, diet medditeranian antara diet yang berkesan untuk mengurangkan berat badan, indeks jisim badan dan lilitan pinggang. Antara contoh makanan diet ini adalah makanan yang kaya dengan asid lemak seperti minyak zaitun, kacang, tomato, ayam dan ikan. Cubalah diet ini!

3. Kacang almond

Foto: Tengku Asmadi

Menurut jurnal American Heart Association, kacang badam dapat mengurangi risiko penyakit jantung dan lemak di perut. Mungkin anda boleh jadikan badam sebagai kudapan setiap hari kerana ia juga mampu mengurangkan kolestrol dalam badan.

4. Blueberry

Foto: Medical News Today

Untuk pengetahuan anda, jika anda makan blueberry ia dapat membantu mencerahkan kulit dan secara tidak langsung boleh mengurangkan lemak di bahagian pinggul. Berdasarkan penyelidikan di University of Michigan, penyelidik mendapati bahawa tikus yang makan blueberry mempunyai lemak yang kurang, kolestrol rendah dan kepekatan insulin yang baik selepas 90 hari. Menariknya, kesan blueberry ini juga sama pada manusia, blueberry mempunyai antioksidan yang sangat baik tubuh dan anthocyanins yang dapat mengurangkan risiko obesiti dan meningkatkan peredaran darah. Nampak sahaja kecil tetapi banyak manfaat sebenarnya blueberry ini!

Kepada anda yang sedang stres perut buncit itu, perlulah mencuba untuk mengambil makanan ini. Di samping itu, anda juga boleh melakukan senaman pada setiap hari supaya segala lemak dapat dihapuskan.

Sumber: Aliffchannel

tex_admin