Categories: Gaya Hidup

Tak Perlu Oven Untuk Buat Kek Keju Jika Anda Ikuti Resipi Mudah Ini

Kadang-kadang kita teringin nak buat kek sendiri tapi tak ada ketuhar pula untuk membakarnya.

No problem! Ada sesetengah kek yang tidak memerlukan anda untuk menggunakan oven langsung, seperti cheesecake.

Kalau anda ingin cuba buat cheesecake yang simple dan tak payah bakar-bakar, ikuti resipi cheesecake klasik ini.

Foto: Crazy For Crust

Anda akan perlukan:

Untuk keraknya:

  • 3 cawan Graham crackers / biskut digestive yang dihancurkan menjadi serbuk kasar
  • 1/3 cawan gula
  • 11 sudu besar mentega yang dicairkan
  • ¼ sudu kecil garam (tetapi hanya jika anda menggunakan mentega tanpa garam)

Untuk bahagian cheese:

  • 453 gram cream cheese, suhu bilik (jangan guna yang low-fat)
  • 1 tin susu pekat manis (jangan guna yang low-fat)
  • 1 sudu besar ekstrak vanila
  • ¼ cawan jus lemon

Cara-caranya:

  1. Untuk membuat kerak kek, campurkan serbuk biskut, gula dan mentega cair di dalam sebuat mangkuk besar dan gaul dengan garfu. Adunan itu akan nampak seperti pasir basah.
  2. Letakkannya ke dalam springform pan yang bersaiz 9 atau 10 inci, dan tekan-tekan ke dasarnya sampai mampat. Nota: kalau anda tidak mempunyai springform pan, anda boleh pakai loyang kek yang dalam dan bersaiz 10 inci.
  3. Sejukkan kerak di dalam peti ais selama 10 minit sebelum mengisinya dengan cheese.
  4. Untuk isi cheese pula, pukul cream cheese sampai lembut dengan menggunakan tangan atau mixer. Campurkan susu pekat, vanila dan jus lemon, dan kacau lagi sampai lembut, rata dan tiada ketulan.
  5. Tuangkan ke atas kerak dalam pan dan ratakan cantik-cantik.
  6. Sejukkan di dalam peti ais selama 4 jam sebelum hidang.

Nota:

  • Untuk toppingnya, anda boleh letakkan buah-buahan seperti beri, atau topping krim seperti whipped cream, sos coklat, sos peanut butter ataupun chocolate ganache.
  • Cream cheese anda perlu bersuhu bilik supaya tiada ketulan apabila anda memukulnya dengan mixer.
  • Jus lemon digunakan hanya untuk menyegarkan lagi rasa cheese. Kek anda takkan rasa macam lemon, jadi jangan risau!

Mudah, kan? Rasanya pun lebih kurang sama seperti cheesecake yang dibakar dalam ketuhar. Jom cuba!

Sumber: Crazy For Crust

Ad Ops