Categories: Trending

NGO Gesa Kerajaan Laksana Moratorium Pinjaman Automatik Tanpa Syarat Bagi B40, M40 Selama 6 Bulan

Menurut Koordinator Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Islam, Ahmad Yazid Othman, menggesa kerajaan memberikan moratorium pinjaman automatik tanpa syarat dan faedah atau caj tambahan selama tempoh enam bulan kepada golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan keluarga berpendapatan 40 peratus pertengahan (M40).

Ini kerana, moratorium itu amat diperlukan bagi meringankan beban kewangan kerana kerajaan tidak mampu memberikan bantuan tunai yang setimpal dengan kos kerugian yang terpaksa ditanggung rakyat.

Selain itu, kebanyakan rakyat yang terkesan dengan krisis Covid-19 kini dibebani hutang pinjaman.

“Selain itu, rakyat juga sedang memerhatikan setiap tindakan yang diambil sama ada ia benar-benar menggambarkan keprihatinan terhadap kumpulan majoriti rakyat yang terkesan kelangsungan hidup mereka sepanjang pandemik COVID-19 ini,” katanya.

Justeru itu, beliau meminta orang ramai yang ingin bersolidariti dengan gesaan itu supaya mengemukakannya dengan menyokong petisyen yang dilancarkan menerusi https://www.change.org/

 

Sumber : BH

 

Salma Syahbuddin