Categories: Trending

Perjalanan Rentas Negeri & Daerah, Permit Pergerakan Hanya Akan Dikeluarkan Bagi Mereka Yang Layak -PDRM

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, sebarang aktiviti rentas negeri dan daerah adalah dilarang sama sekali  memandangkan kadar peningkatan kes Covid-19 harian masih berada diparas yang  membimbangkan.

Bagaimanapun, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), hanya akan mengeluarkan permit pergerakan bagi mereka yang layak di bawah peraturan rentas sempadan iaitu ziarah kematian, kecemasan dan bekerja sendiri.

Ketua Polis Negara,  Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bagi mereka yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai majikan, permohonan bergerak hendaklah diperolehi daripada polis secara sekali beri dalam tempoh 14 hari iaitu bermula 1 Jun sehingga 14 Jun 2021.

Manakala, PDRM juga akan memberikan kebenaran secara sekali beri iaitu dalam tempoh dua hingga tiga hari kepada pekerja sektor yang TIDAK dibenarkan beroperasi tetapi  perlu ke tempat kerja bagi tujuan khusus. Namun, mereka perlu menunjukkan surat daripada majikan sebagai bukti.

 

 

Sumber :

Salma Syahbuddin