Categories: Trending

Pemohon GKP 3.0 Terima Bayaran RM1,000 Bermula Khamis Ini

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan, hampir sejuta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro melibatkan penerima sedia ada Geran Khas Prihatin (GKP) 1.0 dan GKP 2.0 serta PKS mikro yang baharu lulus GKP 3.0 akan menerima bayaran sebanyak RM1,000 mulai Khamis ini secara berperingkat.

Ianya sekaligus melibatkan implikasi kewangan sebanyak hampir RM1 bilion dengan pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP.

“Kerajaan berharap agar bantuan langsung yang disalurkan kepada PKS mikro ini akan meringankan beban mereka, terutamanya mereka yang amat terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada kali ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi,  kerajaan memutuskan pemberian bantuan  GKP 3.0 sebanyak RM1,000 kepada lebih 1 juta peniaga mikro adalah di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) yang diumumkan pada 17 Mac lalu.

Dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 8 Jun 2021 di pautan gkp.hasil.gov.my

 

Sumber : LHDNM

Salma Syahbuddin