Categories: Trending

“Tak Malu Ke? Benda Macam Ni Pun Nak Tunjuk…” Zara Zya Dihentam Netizen Gara-Gara Kongsi Video…

Tindakan pelakon, Zara Zya berkongsi hantaran di laman instagram miliknya nampaknya tidak disambut baik oleh peminat dan followers beliau.

Mana tidaknya, video yang dimuat naik oleh Zara itu bagi tujuan untuk mempromosikan produk  dianggap tidak bersesuaian memandangkan imej beliau yang berhijab dan statusnya yang masih single.

Bahkan, video tersebut juga menunjukkan aksi yang tidak sopan antara lelaki dan wanita beserta kapsyen yang berbaur lucah.

” Serius lah post macam ni, kalau budak tengok ni malu…”

Video berdurasi 11 saat itu nampaknya mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pengikutnya yang rata-rata tidak percaya dengan tindakan Zara yang disifatkan tidak menapis kandungan ‘paid review’ yang diterimanya sebelum memuat naik di laman sosial miliknya.

Bagaimanapun, Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zanuddin, 36, enggan mengambil peduli terhadap kritikan yang dilemparkan terhadapnya kerana menganggap tindakannya itu tidak salah.

Salma Syahbuddin