“Tak Macam Drama Biasa, Macam Tengok Filem”- Netizen Puji Sinematografi Masih Ada Rindu

Drama Akasia Masih Ada Rindu yang baru sahaja ditayangkan pada 1 Jun lalu kini semakin mendapat perhatian ramai.

Keserasian antara dua pelakon utama iaiitu Farid Kamil dan Mimi Lana membuatkan membuatkan para penonton ternanti nanti apakah yang bakal berlaku antara mereka berdua.

Sejak mula ditayangkan, Masih Ada Rindu semakin menjadi bahan perbincangan hangat netizen di laman Twitter.

Menariknya,  ada yang memuji sinematografi dan sedutan babak drama ini yang setanding dengan kualiti filem Melayu.

Ramai yang turut memuji garapan pengarah terkenal, Osman Ali yang tidak pernah mengecewakan penonton dengan permainan emosi dalam setiap filem dan drama arahan beliau.

Drama Masih Ada Rindu mengisahkan pasangan suami isteri yang disatukan tetapi masih dibayangi dengan hubungan yang lepas, apatah lagi isterinya hidup dalam memori indah bersama arwah suaminya. Bagaimanakah Hadi (Farid Kamil) dan Syafika (Mimi Lana) mengharungi dugaan dalam melayari bahtera perkahwinan itu?

Saksikan drama ini setiap setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam hanya di TV3.

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”