“Saya Alami Pendarahan..”- Ummi Nazeera Dedah Kesukaran Melahirkan Anak Kedua

Tahniah buat pelakon Ummi Nazeera dan suami di atas  kelahiran anak kedua mereka pada 2 Jun yang lalu.

Namun di sebalik kegembiraan tersebut, terselit keperitan yang terpaksa dialami. Ummi mendedahkan kesukaran yang dialaminya sewaktu melahirkan anak keduanya.

Menurut Ummi, dia terpaksa menahan kesakitan sewaktu kandungannya berusia awal 4 bulan kerana mengalami komplikasi.

” Sebenarnya masa kandungan saya berusia 4 bulan , saya mengalami pendarahan … Kes sama seperti Ayra .. low lying placenta. Cuma terlalu awal untuk dikatakan begitu .. Bila masa dengan Ayra saya mula bleeding 6 bulan ke atas .. Adik Ayra pula agak awal… 4 bulan ” kongsi Ummi di instagram.

Umi turut berkongsi bahawa dia mengamalkan surah Yusuf, Maryam dan beberapa lagi surah lain sepanjang kehamilannya.

Walaubagaimanapun, Ummi bersyukur proses kelahiran bayi keduanya itu selamat dan beliau berjaya melahirkan secara normal.

Dalam hantaran lain, Ummi turut mendedahkan wajah dan nama anak keduanya yang dipilih sempena nama isteri baginda SAW, Aysha Arsylia.

Untuk rekod, Ummi mendirikan rumah tangga bersama Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017 dan kini memiliki dua orang puteri iaitu Ayra Aneesah and Aysha Arsylia.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”