Categories: OMG

Aduhai…Gilis Menantu Sebab Benci

Hanya kerana tidak suka, tergamak seorang bapa mertua merempuh menantu sendiri sehingga parah dibuatnya! Alahai…

Kejadian berlaku di Miri apabila suspek dikatakan menemani menantu dan cucu perempuannya ke poliklinik.

Difahamkan kejadian bermula apabila suspek bertindak luar kawalan dengan mengundurkan keretanya, melanggar seterusnya menggilis menantunya itu.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang berusia 42 tahun cedera parah di kepala dan badan sebelum dikejarkan ke Hospital Miri untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah mengesahkan kejadian itu. Suspek sudah ditahan polis sejurus menerima laporan mengenai insiden berkenaan.

Mangsa dilaporkan mengalami cedera parah di kepala dan badan. Kes disiasat kini disiasat mengikut 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh.

Difahamkan, suspek tidak menyukai menantu perempuannya itu sejak mangsa berkahwin dengan anak lelakinya.

SGMS Faida