Categories: Featured

306k Pengikut Di Instagram, Budak Sekolah Ini Bijak Buat Bisnes Jual Tudung. Kagum!

Baru Tingkatan 2 sudah bijak berniaga, itulah usahawan kecil Iman Safiyah yang menjual tudung menggunakan jenamanya sendiri secara online. Jika kita lihat seumur ini biasanya budak sekolah sibuk dengan persekolahan, ada juga lebih suka melepak bersama rakan selepas sekolah, tetapi lain pula bagi Iman, dia bijak mengatur masa dan kewangan sehingga mampu menjana pendapatan sendiri walaupun masih bersekolah!

Sebenarnya bukan mudah untuk membahagikan masa belajar dan berniaga ini, namun ianya tidak menjadi penghalang untuk Iman menggunakan namanya untuk menjual tudung sekolah. Koleksi tudung sekolahnya mula dikeluarkan pada November tahun lalu ternyata mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sehingga dia tidak cukup tangan untuk melayan tempahan daripada pelanggannya! Hebat kan?

Foto: Instagram Iman Syazwani

Iman juga telah membuka akaun khas untuk jenama tudung sekolahnya iaitu empire.imansafiyah. Rata-rata pelanggan yang membeli koleksi tudung Iman ini adalah dalam kalangan pelajar sekolah. Menurut Iman, dia mendapat inspirasi untuk mengeluarkan jenama tudung sendiri apabila dia mengalami masalah membentukkan awning tudung sekolahnya dan dia terpaksa membeli spray pengeras awning untuk mendapatkan bentuk yang diinginkan. 

Foto: Instagram Iman Safiya

Iman juga dalam perancangan untuk mengembangkan lagi jenama tudungnya dengan mengeluarkan tudung sekolah labuh untuk pelajar yang bersekolah agama serta tudung sekolah berwarna biru, kuning, ungu dan hijau untuk keperluan sekolah. Kami doakan agar perniagaan gadis ini terus berjaya dan berkembang maju.

Sumber: Instagram Iman Safiya, Instagram Empire Imansafiya, Rojakdaily

tex_admin