Categories: Oh Lawa

Trend Terbaru Bulu Kening Dipanggil Garden Brows, Memang Macam Taman!

Trend bulu kening “unik” di Instagram ini dah wujud sejak tahun lepas lagi. Pelik-pelik semuanya! Ingatkan golongan Insta-famous ni dah ketandusan idea tapi rupa-rupanya ada lagi!

Yang terbaru untuk tahun ini ialah satu idea dari YouTuber dan blogger Taylor R. Dia menggelarkannya Garden Brows, yang diterjemahkan ke “Taman Bulu Kening”. Memang berwarna hijau macam taman! Sesuailah dengan tema musim bunga. Macam pari-pari pun ada.

Mula-mula, dia telah menyapu lilin atau wax kosmetik ke atas bulu keningnya dan kemudian mewarnakannya dengan pigmen berwarna hijau (dia memakai lipstick cair untuk ini). Konon-konon rumputlah tu! Wax itu pula akan membolehkan pigmen hijau itu untuk melekat pada bulu kening.

Seterusnya Taylor menampal sticker bunga, ulat comel dan rama-rama di sekeliling bulu kening untuk melengkapkan lagi tema alam semulajadi stail ini.

Kalau anda teringin nak cuba, Taylor telah menyediakan satu tutorial. Nampak macam mudah! 

Hmm, nasib baik dia cantik. Sesuailah dengan rambut blondenya. Tapi kalau kita orang Asia? Kalau orang yang bertudung? Beranikah anda? Nanti orang lain ingat ada ulat bulu di atas muka anda.

Sumber: Insider

Ad Ops