Categories: Trending

Pas Perjalanan Tanpa Had MY30 Lebih Jimat 60 Peratus Berbanding MY100

Pengguna pengangkutan awam perlu tahu bahawa pas perjalanan tanpa had MY30 lebih jimat sehingga 60 peratus berbanding My100.

RM1 Sehari

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Abdul Hadi Amran, penjimatan maksimum boleh dinikmati semua warganegara Malaysia dari 15 Jun hingga 31 Dis sekiranya melanggan pas tersebut.

“Dengan My30, pengguna boleh jimat 60 peratus berbanding My100. Hanya RM1 sehari, selama sebulan mereka boleh menggunakan semua pengangkutan rel Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), KL Monorail dan perkhidmatan bas Rapid di Lembah Klang secara tanpa had.

Dengan hanya RM30, mereka boleh bergerak ke mana-mana sahaja. Pergerakan dan perbelanjaan yang ada itu boleh menggerakkan lagi ekonomi,” katanya.

Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun Dibenarkan Naik

Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dibenarkan untuk menaiki pengangkutan itu, namun ibu bapa diingatkan untuk menjaga keselamatan anak.

Apa-apa pun, sentiasa mematuhi SOP dan mengamalkan penjarakan sosial okay?

Syafiqa Irdina