Categories: Trending

Jumlah Kes Pulih Covid-19 Terus Meningkat

Laporan terkini ini diumumkan sendiri oleh Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian di Putrajaya pada Rabu.

Jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 dalam negara terus meningkat kepada 7,873 kes dengan kadar kesembuhan 92.5 peratus

Sumber : Instagram @tontonmy

Menurutnya lagi, setakat jam 12 tengah hari semalam, sebanyak 10 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan dan merekodkan sebanyak 8, 515 kes keseluruhan dalam negara.

Manakala, tiada kes import dilaporkan. Namun 10 kes penularan dalam negara merangkumi tiga kes bukan warga negara dan 7 kes melibatkan warganegara.

Kes penularan dikalangan warga Malaysia

Sebanyak empat kes ialah Kluster Warga Emas Kuala Selangor iaitu kontak rapat kes positif (kes ke-8,490), satu kes saringan pusat tahfiz, satu kes kontak rapat (kes ke-8,453) serta satu kes kontak rapat (ke-8,403 iaitu kes kematian ke-120).

Tambahnya, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).

Sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak tersebut kekal 121 kes atau 1.42 peratus dari jumlah keseluruhan.

Salma Syahbuddin