Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin November 16, 2020 @ 2:13pm

Pasangan Saintis Muslim Ini Hasilkan Vaksin Covid-19 Yang Terbukti Berkesan

Vaksin buatan Pfizer dan BioNTech didapati menunjukkan 90 peratus keberkesanan dalam mengelak jangkitan wabak Covid-19.

Dan, siapa sangka pasangan suami isteri ini menjadi ‘tulang belakang’ disebalik penghasilan vaksin tersebut.

Pasangan saintis muslim dari Turki

Dr Ugur Sahin, 55, dan Dr Oezlem Tuereci, 53, memiliki kepakaran dalam bidang imunoterapi manakala isterinya, merupakan ahli lembaga pengarah BioNTech iaitu sebuah syarikat miliknya.

Malah, Pasangan yang berkahwin pada 2002 itu amat berminat bagi melakukan penyelidikan sebelum menubuhkan syarikat untuk membangunkan alat imunoterapi kanser.

Difahamkan, Yayasan Bill & Melinda Gates turut melaburkan $55 juta dalam syarikat yang dikenadalikan oleh mereka.

Peristiwa luar biasa dalam sejarah dunia

Sumbangan mereka terhadap penghasilan vaksin Covid-19 adalah peristiwa luar biasa dalam sejarah dunia kerana ia secara tidak langsung memberikan harapan kepada jutaan rakyat yang terkesan akibat wabak tersebut.

Malah, terdapat 51 juta kes Covid-19 dengan jumlah kematian 1.3 juta malah, kes ini masih meningkat di seluruh dunia.

Menurut laporan Muslim Mirror, pasangan yang dianggap sebagai ‘tulang belakang’ dalam penghasilan vaksin ini juga disifatkan sebagai seorang yang sangat merendah diri dengan kehidupan serba sederhana walaupun menjadi antara 100 orang terkaya di Jerman kerana, Sahin masih menunggang basikal lamanya.

Sumber : Muslim Mirror

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 11 Sep 2023
Featured Thu, 27 Oct 2022
Featured Tue, 26 May 2026
Featured Tue, 23 Jun 2026

Iman Troye Ambil Langkah Berani Rakam Semula Lagu ‘Terasing’ 

Iman Troye mengambil langkah berani apabila merakamkan semula lagu yang dipopularkan oleh penyanyi lagenda, Allahyarham Sudirman Hj Arshad.

Featured Thu, 22 Dec 2022
Contest Tue, 6 Sep 2022
Featured Mon, 28 Feb 2022

Seramai 407, 097 Calon SPM Jalani Ujian Bertulis Bermula 2 Mac Ini

Semakan boleh dibuat menerusi laman web rasmi LP KPM

error: Content is protected !!