Categories: Trending

Patah Tumbuh Hilang Berganti, Brooklyn Kini Berpacaran Dengan Wanita Berusia

Patah tumbuh hilang berganti. Tidak berapa lama kembali dengan status single selepas berpisah dengan aktres Chloe Moretz, ruang hati Brooklyn Beckham kembali terisi.

Wanita yang berjaya menakluki hati putera sulung kepada pasangan suami-isteri berprofil tinggi  iaitu pemain bola sepak dunia, David Beckham dan Victoria Beckham itu adalah seorang penari di kenali sebagai Lexy Panterra.

Panterra adalah seorang Instafamous yang sering mempamerkan kelincahannya menari dan kemudian menjadi recording artist dengan beberapa penerbitan ekoran bakatnya nyanyiannya yang mengagumkan ramai.

Us Weekly bagaimanapun melaporkan kenalan  Brooklyn melahirkan kebimbangan dengan hubungan mereka yang disifatkan terlalu terburu-buru. Apalagi sekiranya hubungan itu sebagai satu cara untuk Brooklyn move on daripada bekas kekasihnya, Moretz.

Foto : voici fr

Apatah lagi, Lexy juga lapan tahun lebih tua daripad Brooklyn yang baru saja melangkah usia 19 tahun.

“Mereka seperti benar-benar dilamun cinta dan tampak gembira dan saling bersentuhan ketika makan malam di sebuah restoran di New York,” kata sumber.

Sumber turut mendedahkan Brooklyn mengenali Lexy ketika wanita berusia 27 tahun itu menjadi model dan remaja itu bertindak sebagai jurugambar.

Foto : YouTube

Sumber : Us Weekly 

Yanie Baharom