Categories: Trending

Pawagam Mula Dibuka Bermula 16 Disember Ini

Akibat penyusutan kadar pengunjung yang datang ke pawagam sejak berlakunya penularan Covid-19 pada Mac lalu, kini semua pengusaha pawagam boleh menarik nafas lega.

Selepas lebih sebulan menghentikan sementara operasi, pengusaha pawagam sepakat membuka semula premis hiburan itu mulai 16 Disember ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Keputusan beroperasi semula itu diambil sebulat suara Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) yang sebelum ini terkesan hampir 90 peratus kemerosotan pengunjung.

Justeru itu, pemilik rangkaian pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) mengumumkan operasi premis di sembilan lokasi di seluruh negara yang ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kembali seperti biasa, mulai 16 Disember ini.

“Kaki wayang jangan bimbang kerana pawagam kami akan dibersihkan sepenuhnya serta dinyah kuman setiap masa sepanjang hari” katanya.

Sumber : BH

Salma Syahbuddin