Categories: Trending

PKPB: Pekerja Sektor Awam Dan Swasta Perlu Bekerja Dari Rumah Mulai 22 Oktober

Dalam sidang media harian perkembangan Covid-19 hari ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa pekerja di sektor awam dan swasta tidak dibenarkan untuk ke pejabat.

Beliau menegaskan bahawa pekerja di sektor awam dan swasta di peringkat pengurusan dan pengawasan perlu meneruskan pekerjaan di rumah dan pihak majikan perlu mengeluarkan surat rasmi memberi kebenaran untuk terus bekerja di rumah.

Walaubagaimanapun, terdapat pengecualian bagi proses kerja yang memerlukan keberadaan di pejabat seperti bahagian yang terlibat dalam urusan kewangan yang membuat bayaran, pengurusan, penguatkuasaan dan kebajikan.

SWAB test ditanggung oleh PERKESO

Dalam pada itu,  pekerja yang bergejala covid-19 di zon merah disarankan untuk melakukan Swab test yang akan ditanggung oleh PERKESO. 

Untuk berita lanjut tonton video di bawah:


Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”