Categories: Trending

Pelajar Didakwa Bunuh Surya Berdepan Hukuman Mati

Siti Nur Athirah Azmi, 19, yang didakwa membunuh Siti Nur Surya Ismail, 19, pada 1 November lalu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang telah dibacakan di hadapan Majistret, Engku Nurul Ain Engku Musa hari ini.

Namun, tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum Mahkamah menetapkan 10 Januari 2021 sebagai sebutan semula kes.

ARTIKEL BERDEKATAN : [VIDEO] “Syurga Buatmu, Surya” Momen Ibu Lihat Jenazah Surya Diusung Keluar Ternyata Undang Sebak

Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh

Tertuduh didakwa membunuh Siti Nur Surya Ismail di rumahnya di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong antara 8.30 pagi hingga 9.30 pagi.

Dan, bagi kesalahan tersebut tertuduh berdepan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mazlan Md Zain.

Suspek yang memakai pakaian lokap berwarna ungu dan bertudung hitam tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Marang pada 9.40 pagi.

Terdahulu, seorang remaja perempuan ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, Kuala Berang pada 1 November lalu. Mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.

Untuk mengetahui laporan lanjut, jangan lupa saksikan Buletin Utama, di TV3.

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin