Categories: Trending

Pelajar Malaysia Dengan Kostum Spiderman Meninggal Dunia

Seorang pelajar Malaysia di temui mati pada malam Rabu lepas dengan berpakaian kostum Spiderman di luar asrama lelaki di Universiti Da-Yeh, Taiwan.

Dia dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan ketika ingin mengambil gambarnya.  Mayat mangsa ditemui oleh salah seorang pelajar yang melalui kawasan tersebut terkejut dengan susuk sekujur tubuh yang sudah tidak sedarkan diri dilantai simen luar bangunan.

Menurut rakan sekelasnya yang telah disoal siasat, mangsa keluar ke balkoni asrama untuk mengambil gambar bersama kostum Spiderman yang dipakainya.  Dia memang telah dikenali sebagai seorang ‘cosplayer’ dalam kalangan pensyarah dan rakan sekelasnya kerana telah menjadi hobinya berpakaian persis karakter filem, buku atau video game yang digemari untuk ke kelas.

Mangsa disahkan mati sejurus pihak polis tiba di tempat kejadian.  Mereka juga menemukan telefon bimbitnya dibalkoni dan menurut Chan Ting-Yu, Ketua Unit Penyiasatan Jabatan Polis Daerah Changhua, polis tidak dapat menentukan secara pasti punca kematian kerana tiada saksi.

Pihak Universiti juga telah menghubungi keluarga mangsa dan mengaturkan perjalanana mereka untuk ke Taiwan. 

SGMS Enal