Trending By: SGMS Faida May 3, 2018 @ 6:13am

Suka Lepak Tepi Tingkap Punca Hampir Dirogol?

Macam-macam hal, seorang lelaki yang ditangkap atas kesalahan cuba merogol jirannya memberi alasan kepada Mahkamah Jenayah Ras Al Khaimah, mangsa selalu duduk di tepi tingkap.

Aik, macam pelik je bunyinya! Menurut tertuduh, dia tidak boleh menahan diri daripada memasuk rumah wanita itu yang mana tingkap rumahnya menghadap rumah tertuduh.

Susulah kesalahan itu, penduduk Arab ini dijatuhi hukuman tiga tahun penjara selepas dia disabitkan bersalah cuba merogol jirannya, seorang wanita Asia.

Rekod mahkamah menunjukkan suspek telah menceroboh rumah plaintif. Dia kemudian cuba merogol jirannya semasa wanita itu sedang tidur di biliknya.

Bagaimanapun wanita berkenaan berjaya melawan dan menghalaunya keluar dari rumah.

Wanita yang panik itu membuat aduan terhadap defendan dengan Polis Ras Al Khaimah yang menangkapnya dan merujuknya kepada pendakwaan awam untuk soal siasat.

Wanita itu memberitahu pihak pendakwaan RAK bahawa dia terkejut melihat jiran lelakinya itu berada di bilik tidurnya ketika dia sedang tidur.

“Saya melawannya ketika dia cuba menyerang saya secara seksual, mengambil gambarnya dan segera melaporkan kepada polis RAK.”

Sumber: Khaleej Times

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Aug 2021

Abang Siti Sarah Sudah Ditidurkan, Doktor Mahu Rehatkan Paru-Paru

Abang Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Ahmad Firdous yang dimasukkan ke Hospital Serdang akibat positif COVID-19 telah dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan ditidurkan sejak jam 5 pagi tadi, boleh membolehkan paru-parunya berehat. Perkara itu […]

Trending Tue, 23 Jun 2020
Featured Wed, 7 Sep 2022
Trending Thu, 4 Oct 2018

Ini Punca Enam Anggota Bomba Lemas Dalam Misi Mencari Dan Menyelamat

Takziah diucapkan buat kesemua wira negara ini. Al-Fatihah

error: Content is protected !!