Categories: Trending

Penduduk Tinggal Di Zon Merah Dilarang Balik Kampung – KKM

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Isnin, memohon kerjasama orang ramai terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan zon merah dinasihatkan agar tidak pulang ke kampung jika tiada keperluan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kerjasama orang ramai itu amat diharapkan bagi mengelak golongan berisiko seperti warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik termasuk di zon hijau bebas daripada jangkitan Covid-19.

Sumber : Google

Ini kerana, sebanyak 64 peratus kematian membabitkan pesakit berusia lebih 60 tahun. Manakala, 87 peratus terdiri dari pesakit yang menghidap darah tinggi dan diabetes.

” Jadi adalah lebih baik untuk tidak pulang ke kampung. kerana ada kemungkinan anda pembawa wabak dan memindahkannya kepada golongan berusia atau berisiko” katanya.

Salma Syahbuddin