Categories: Trending

Sharnaaz Ahmad Tak Ada Masalah Berlakon Dengan ‘4 Isteri’

Drama terbaru Viu dengan kerjasama Primeworks Studio, Isteri Misteri pastinya antara yang ditunggu-tunggu peminat.

Mana taknya, isu yang bakal dibangkitkan dalam Isteri Misteri agak berlainan disetiap episod.

Oleh itu, drama ini tidak boleh dianggap sebagai Madu 3 versi 2020.

“Saya rasa, bukan sahaja isu yang bakal dibangkitkan, karakter dan setiap episod dalam drama ini mempunyai kelebihan dan kelainan tersendiri. Banyak elemen kejutan.”

Dianggap sebagai cerita lame

Sumber : Viu

Menurut salah seorang pelakon siri ini, Sharnaaz Ahmad, Isteri Misteri merupakan cerita heavy comedy.

Namun, drama ini masih mengandungi babak-babak sedih, gembira dan sebagainya. Jadi, cerita Isteri Misteri ini tidak boleh dianggap lame sehingga anda menontonnya sendiri.

Sumber : Instagram @sharnaazahmad

Ketika ditanya Xtra mengenai cabaran berlakon bersama empat orang aktres yang menjadi isterinya, Sharnaaz bagaimanapun mengakui tiada sebarang cabaran kerana dapat berlakon dengan kawan-kawan lama. 

Malah, beliau juga mengakui kehadiran Tiz Zaqyah, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah dan Azar Azmi sangat membantu kerana mereka merupakan pelakon profesional.

“Tiada sebarang cabaran di set sebab berlakon dengan kawan-kawan, jadi chemistry ni tidak payah susah nak cari. Lagipun mereka pelakon profesional dan masing-masing mempunyai karakter tersendiri,” katanya.

Sumber : Viu

Isteri Misteri mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Rizal yang menjadi impian setiap wanita materialistik, sehinggalah beliau mendapati salah seorang isterinya yang dibintangi oleh pelakon Tiz Zaqyah, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah dan Azar Azmi berkomplot untuk membunuhnya. 

Kalau nak tahu apakah agaknya kesudahan cerita ini, jangan lupa saksikan drama 10 episod, Isteri Misteri yang akan ditayangkan di TV3 dan Viu pada 25 November ini. Jangan ketinggalan!

Salma Syahbuddin