Categories: Trending

Lagu Cinta Kita 2: “Rindulah Pulak Azwan Ali 2020” – Siapa Bakal Jadi Pasangan Kak Lina Minggu Ini?

Penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein mengakui dia merindukan hos tersohor, Azwan Ali.

Dipadankan sebagai pengacara untuk mengemudi program Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) untuk siaran dua minggu pertama, Elly bakal digandingkan dengan pengacara lain pada Ahad ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Peserta VS Komen Juri? Jom Recap Episod 1!

ARTIKEL BERKAITAN: Minggu Terakhir Azwan Ali… Saingan Makin Panas, Jom Recap Episod 2!

“Rindulah pula #AzwanAli2020. Siapalah bakal menggantikan AA? Korang rasa siapa?” luah Elly.

Pelantun lagu 4 Dara 2020 itu berkongsi perkara terbabit di laman Instagram miliknya beberapa hari lalu.

Sumber: Instagram Elly Mazlein

Di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan pendapat masing-masing dan kebanyakan mereka mahukan Azwan terus kekal bersama Elly di LCK2.

Sumber: Instagram Elly Mazlein


Sumber: Instagram Elly Mazlein

Jangan lupa saksikan LCK2 setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3!

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Gunakan #LaguCintaKita2 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

Padin