Categories: Trending

Waktu Perniagaan Kini Beroperasi Sehingga 12 Tengah Malam – Ismail Sabri

Menerusi sidang media harian Majlis Keselamatan Negara pada Isnin, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, waktu perniagaan akan kembali beroperasi sehingga jam 12 tengah malam.

Ini termasuklah, kedai makan, kedai runcit, kedai serbaneka dan stesen minyak di kawasan PKPB.

Menurutnya, ia susulan rungutan diterima daripada peniaga, persatuan peniaga dan orang ramai yang bergantung punca pendapatan dengan perniagaan mereka.

Terdahulu, waktu perniagaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam sahaja berikutan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Salma Syahbuddin