Trending By: Aisyah Badrul April 9, 2020 @ 2:46pm

Penduduk Wuhan Bergegas Kahwin Selepas Tamat Perintah Berkurung

Selepas Perintah berkurung diisytiharkan tamat oleh kerajaan China pada hari Rabu lalu, ramai penduduk Wuhan mengambil kesempatan ini dengan melakukan perkara yang istimewa.

Siapa sangka selepas 76 hari menjalani perintah berkurung, ramai penduduk Wuhan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan menggunakan aplikasi sistem perkahwinan atas talian negara itu. Aplikasi tersebut merupakan aplikasi khas untuk penduduk setempat dengan menggunakan pembayaran melalui Alipay.

Namun apa yang mengejutkan, pihak Alipay telah memuatnaik satu kenyataan memberitahu bahawa permohonan perkahwinan yang diterima menerusi aplikasi ini telah melonjak manjadi 300% daripada purata kebiasaannya. Kebanjiran permohonan perkahwinan daripada penduduk Wuhan hampir merosakkan aplikasi tersebut.

Ekoran hal tersebut, permohonan perkahwinan yang dilakukan pada bulan April terpaksa ditangguhkan.

Menurut pihak Alipay lagi, peningkatan permohonan secara mendadak menerusi aplikasi perkahw inan initelah melambatkan sistem tersebut. Walau bagaimanapun permasalahan ini telahpun diselesaikan oleh pihak mereka.

Sumber: abacusnews

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sponsored Wed, 30 Aug 2023

HONOR 90 5G, Pilihan Terbaik Untuk Content Creators!

Baru-baru ni telah berlangsungnya TikTok Awards Malaysia 2023 dengan gilang gemilang dan jayanya di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur. Acara terbesar TikTok yang julung kalinya diadakan di Malaysia ni disiarkan […]

Featured Wed, 12 Oct 2022

Lama ‘Menyepikan’ Diri Di Media Sosial, Ameera Khan Kini Dilihat Muncul Dengan Imej Baharu!

Masya-Allah…. makin ayu min tengok Ameera sekarang 😍 Semoga terus istiqamah!

Hiburan Fri, 1 Mar 2024

AJL38: Masdo Ramal Aina Abdul Juara Lagi?

Agak-agak siapa yang bakal juara AJL38?

Trending Fri, 7 Jan 2022

Bela Nasib Kakak Tak Bahagia Dalam Perkahwinan, Janna Nick Sanggup Buat Apa Saja!

Dalam membela nasib kakaknya yang tidak bahagia dalam perkahwinan, Janna Nick tekad untuk membuat apa saja. Biarpun melalui perjalanan hidup yang tidak pernah mudah, semuanya dilakukan bagi memulihkan emosi kakaknya. Eh, bila masa Janna ada […]