Trending By: Padin May 7, 2021 @ 6:34pm

Penerbit Kurang Setuju Ambil Instafamous Jadi Pelakon

Penerbit Jaja Ishak kurang bersetuju dengan trend pemilihan selebriti media sosial (influencer) sebagai pelakon.

Menurut Jaja, ramai lagi pelakon berbakat yang boleh diketengahkan dalam karya terbitannya.

“Saya bukan menentang, tapi saya kurang bersetuju dengan trend sebegini. Bagi saya, banyak lagi pelakon berbakat yang boleh dipilih.

“Ada antara mereka yang hanya bersandar populariti di media sosial semata-mata dan tidak mempunyai bakat dalam bidang lakonan,” katanya.

Namun begitu, Jaja percaya ada juga Instafamous yang mempunyai bakat dalam dunia lakonan.

“Ada juga sesetengah individu yang popular di Twitter atau Instagram (Instafamous) yang mempunyai bakat terpendam dah mereka juga mempunyai usaha untuk mendalami dunia lakonan.

“Jika Instafamous itu mahu belajar berlakon dan menunjukkan usaha gigih, saya tak ralat untuk mengambil mereka berlakon dalam produksi saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Jaja kini sedang dalam proses menerbitkan drama bersiri 15 episod berjudul Saat Kau Takluk Cinta Ini lakonan Idris Khan, Intan Najuwa, Shakilla Khoriri dan ramai lagi.

Drama adaptasi novel karya Sara Hezra ini mendapat sentuhan sutradara Zamri Zakaria dan bakal bersiaran di slot Samarinda TV3.

Jaja (tengah) bersama Ben Amir di set penggambaran Anak Sena.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Jadi Cikgu, Ben Amir Belajar Budaya Orang Asli

Selain itu, drama bersiri Anak Sena terbitan Jaja lakonan Ben Amir dan Sasha Abedul bakal bersiaran di slot Lestary TV3 tidak lama lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 19 Feb 2018

LANGKAWI SKYCAB BEROPERASI SEMULA, 3000 PENGUNJUNG BERATUR BELI TIKET

Difahamkan, tiada pelancong yang membatalkan rancangan mereka untuk menaiki kereta kabel ini, yang dikendalikan Panorama Langkawi, sebuah anak syarikat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Hiburan Tue, 27 Jun 2023

[VIDEO] Tiru Gaya Mus May, Shiha Zikir Siap Tersasul Buat Netizen Terhibur

Peh Shiha ni memang talented tau semua boleh dia tiru

Trending Tue, 10 Apr 2018

GE14 Date Announced! Time to Balik Kampung!

Tan Sri Mohd Hashim Abdullah has just announced the dates!

Featured Mon, 14 Nov 2022
Trending Sun, 28 Mar 2021

“The Jabal Rahmah” – Pelamin Neelofa & PU Riz Berinspirasikan Pergunungan Di Mana Adam & Hawa Dipertemukan

Selebriti popular, Neelofa mendedahkan pereka majlis perkahwinannya berjaya merealisasikan keseluruhan dekorasi hanya dalam masa sebulan sahaja. Neelofa yang baru sahaja bernikah dengan pendakwah selebriti, Haris Ismail atau PU Riz semalam bersyukur kerana acara pernikahannya berjalan […]

Trending Wed, 7 Mar 2018

Dr. Pimple Popper to Have Her Own Pimple Popping Show!

Now all ‘popaholics’ can catch a glimpse of her working her magic on a bigger screen.

Featured Thu, 22 Dec 2022