Categories: Trending

Peningkatan Mendadak Kes Di Lembah Klang Ada Kaitan Dengan Tempat Kerja – DG Hisham

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di Lembah Klang mempunyai kaitan rapat dengan tempat kerja. 

“Ini berikutan ketiga-tiga negeri (Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya) adalah pusat tumpuan warga pekerja. Kepadatan penduduk di negeri-negeri ini juga menjadi salah satu faktor risiko meningkatnya kadar kebolehjangkitan atau penularan penyakit COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata daripada 162 kluster aktif COVID-19 yang dilaporkan, sebanyak 72 kluster adalah berkaitan dengan tempat kerja, termasuk empat kluster baharu yang diumumkan hari ini.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru pihak majikan memainkan peranan lebih besar untuk bersama menangani penularan COVID-19 dalam negara.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”