Trending By: Aisyah Badrul August 4, 2020 @ 1:00pm

Penutupan Semula Semua Sekolah Sedang Dalam Perbincangan – Kementerian Pendidikan

Kementerian Pendidikan (KPM), melalui pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), akan berbincang bersama pihak berkaitan jika terdapat keperluan menutup sekolah bagi mencegah penularan COVID-19 di kawasan yang terlibat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin berkata di peringkat negeri, KPM akan memantau perkembangan sesi persekolahan melalui JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dan pengarah JPN ialah ahli dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPPN).

“Selepas pengumuman pelaksanaan kawalan pergerakan antara bahagian di negeri Sarawak pada 29 Julai lalu, JPPN Sarawak dengan persetujuan KPM telah memutuskan untuk menangguh pembukaan semula 213 buah sekolah di daerah Kuching.

“Ini melibatkan 87 buah sekolah di bawah PPD Kuching, 99 sekolah (PPD Padawan), dan 27 sekolah (PPD Samarahan). Pembukaan semula sekolah yang diumumkan pada 3 Ogos lalu telah ditangguh ke 17 Ogos.

“Bagaimanapun, kelas bagi prasekolah, Tingkatan 5 dan 6 beroperasi seperti biasa di ketiga-tiga PPD tersebut,” katanya menjawab pertanyaan Teo Nie Ching (PH-Kulai) pada sesi soal jawab yang ingin tahu jika KPM merancang untuk menutup sekolah di Zon Merah COVID-19, seperti Kuching, Sarawak.

Bagi negeri Kedah pula, Radzi berkata kerajaan negeri telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasardi empat mukim iaitu Mukim Ah, Mukim Hosba, Mukim Binjal dan Mukim Padang Serai bermula 2 Ogos.

Berikutan itu, beliau berkata JPPN Kedah dengan persetujuan KPM telah memutuskan untuk tutup empat buah sekolah di bawah PPD Kubang Pasu, sebuah sekolah di PPD Padang Terap bermula 2 Ogos hingga 29 Ogos.

“Jika ada keperluan untuk menutup sekolah tersebut, kami di KPM, berdasarkan nasihat daripada profesional di KKM dan MKN serta kerajaan negeri (akan) berbincang (dan) kita bersedia (untuk tutup sekolah).

“Setiap kes yang berlaku berbeza, seperti di Sarawak banyak sekolah (dengan) lebih 200 buah sekolah ditutup tetapi di Kedah kita tutup lima sekolah berdasarkan kes yang ada dan berdasarkan risiko dan cara menangani risiko tersebut,” katanya.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 Jun 2018

Najib ‘Explains’ Why He Had So Much Cash and Luxury Items

Trust me, you’ll LOVE to see what he had to say.

Hiburan Sat, 9 Apr 2022

“Kami Dikecam ‘Berkiblatkan’ BTS, Perosak Industri”- Da Unknown Akui Terasa, Tapi….

Baby sayang… Jangan marah… Ku tahu ku bersalah, ku tak sengaja…

Trending Mon, 11 Dec 2017

Bawa Senjata Walau Untuk Keselamatan Diri, Boleh Dipenjara Sehingga 10 Tahun

Bawa Senjata Walau Untuk Keselamatan Diri, Boleh Dipenjara Sehingga 10 Tahun

Hiburan Mon, 2 Aug 2021

Tak Lagi Bersendiri, Alif Satar Selesa Dengan….

Penyanyi, pengacara dan pelakon, Alif Satar mengakui tidak lagi sendiri dalam mewarnai karier muziknya. Semakin selesa bergerak secara berkumpulan bersama The Locos, mereka kini dikenali dengan nama Alif Satar & The Locos. “Sejujurnya, sebagai seorang […]

Featured Sun, 21 Nov 2021

“Bila Mengamuk, Tahu Pun Mahu Diam” – Wanita Bengang Perniagaan Sering Diganggu Hantu

Sebuah klip video memaparkan seorang wanita bertindak berani memarahi makhlus halus kerana sering mengganggu perniagaannya viral di aplikasi TikTok. Menerusi video tular yang dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @beaufit04, berkongsi mengenai seorang wanita yang […]

Featured Wed, 8 Mar 2023
Trending Wed, 27 Jan 2021