Trending By: SGMS Enal June 17, 2019 @ 11:08am

Penyedut Minuman Plastik Diberi Atas Permintaan Pelanggan Mulai 1 Julai

Semua premis makanan dan minuman termasuk restoran di Selangor dilarang menyediakan penyedut minuman plastik di kaunter untuk diambil secara bebas oleh pelanggan mulai 1 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian berkata dasar pelaksanaan mengurangkan penggunaan penyedut minuman plastik itu diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu lepas.

Bagaimanapun katanya, penyedut minuman plastik hanya akan diberikan atas permintaan pelanggan untuk setiap minuman yang dipesan.

Beliau berkata semua pihak berkuasa tempatan (PBT) juga akan memasukkan larangan tersebut dalam Syarat-syarat Permohonan Lesen Perniagaan semasa pengusaha makanan, minuman dan restoran mengemukakan permohonan baharu atau memperbaharui lesen perniagaan masing-masing.

“Objektif utama pelaksanaan dasar ini adalah untuk mendidik dan meningkatkan tahap kesedaran penduduk di Selangor tentang kesan jangka panjang penggunaan plastik sekali guna khususnya penyedut minuman plastik terhadap kesihatan dan alam sekitar.

“Pelaksanaan dasar ini dijangka akan dapat membantu kerajaan mengawal masalah pencemaran alam sekitar yang semakin ketara dan menggalakkan usaha mengitar atau mengguna semula serta menjaga kebersihan alam sekitar di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Jelas beliau, pelaksanaan dasar tersebut selaras dengan kempen bebas plastik yang sedang dijalankan di Selangor malah bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna (single-use plastics) seperti beg plastik, polisterina, penutup atau pelapis makanan plastik, bahan-bahan plastik pakai-buang dan sebagainya.

Tambah Hee, kerajaan negeri melalui PBT akan memantau pelaksanaan dasar berkenaan dan semua pengusaha premis makanan, minuman serta restoran digesa memberi kerjasama dan bantuan supaya objektif pengurangan penggunaan plastik di negeri ini tercapai.

Katanya, kerajaan negeri juga amat berbangga dan berterima kasih kerana banyak pengusaha premis makanan, minuman dan restoran telah melaksanakan inisiatif seumpama itu dalam mengurangkan penggunaan plastik termasuk tidak lagi memberi penyedut minuman plastik secara automatik kepada pelanggan mereka.

“Malah, terdapat juga premis makanan, minuman dan restoran menggunakan penyedut minuman kertas atau buluh sebagai ganti selain mengedar penyedut keluli tahan karat (stainless steel) secara percuma kepada orang awam dan sebagainya.

“Justeru itu, orang ramai juga digalakkan untuk membawa bekas makanan atau minuman serta penyedut minuman yang boleh diguna semula,” katanya.

Hee berkata kerajaan negeri akan sentiasa meningkatkan usaha ke arah memastikan Selangor menjadi sebuah negeri yang lebih bersih, indah, hijau serta mesra alam.

Beliau juga menggalakkan orang ramai memberi cadangan serta pendapat mengenai pelaksanaan kempen dan dasar berkaitan penggunaan plastik kepada mana-mana jabatan serta agensi kerajaan selain menghubungi terus ke pejabat exco terus untuk tujuan tersebut.

“Setiap cadangan atau pedapat akan diberi perhatian dan dikaji agar kempen atau dasar kerajaan ini akan mencapai kejayaan,” katanya.

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 22 Oct 2021

Persiapan Kahwin Dah Selesai 50%, Zalif Sidek Bakal Nikah 26 Februari 2022

Pelakon Zalif Sidek, 36, berkongsi persiapan perkahwinan dengan kekasih hatinya, Anis Marzuki, 24, sudah siap sebanyak 50 peratus. Menurut Zalif yang bakal bernikah pada 26 Februari tahun hadapan, dia bersyukur segalanya dipermudahkan biarpun perancangan asal […]

Trending Fri, 12 Oct 2018

Mulai 2019, Semua Restoran ‘Open-Air’ Akan Diiktiraf Sebagai Zon Larangan Merokok

Kementerian Kesihatan telah pun mengesahkan berita ini.

Trending Thu, 4 Nov 2021

Red Rahimad ‘Gunakan’ Ezad Lazim Dalam ‘Celup’

Nama penyanyi Red Rahimad mungkin masih asing dalam kalangan peminat dan pencinta muzik tanah air. Namun, itu bukan penghalang buat anak muda berusia 21 tahun ini untuk terus mengorak langkah dalam bidang diceburi. Bagi Red […]

Tech News Sun, 6 May 2018

7 Perkara Menarik Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Permainan Video

Permainan video merupakan salah satu industri yang berjaya di Amerika Syarikat dan bekas Presiden Obama melakukan langkah bijak untuk memanfaatkannya.

Trending Tue, 10 Jul 2018

8 Amazing Records Which Tun Mahathir has Broken and Maintained

What a way to commemorate Tun on his birthday by remembering all the great things he’s achieved.

Trending Tue, 14 Jan 2020

Polis Trafik Eskot Berlanggar Dengan Kereta Pengiring Raja Puan Besar Perak

Satu kemalangan langar belakang melibatkan anggota BSPTD dengan kereta pengiring Raja Puan Besar Perak di lampu isyarat Lawan Kuda Kampar, Perak. Kejadian berlaku ketika penugasan eskot Raja Puan Besar Perak sempena program lawatan ke Makam […]

Featured Sat, 24 Jul 2021

Pelakon Veteran Datuk Baharuddin Omar Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas

Industri hiburan hari ini dikejutkan dengan kehilangan sebutir permata yang pernah menyinari dunia perfileman suatu ketika dahulu. Pelakon veteran Datuk Baharuddin Omar, 85, atau lebih dikenali dengan watak Anjang Aki dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya […]

Trending Thu, 29 Jul 2021
Trending Sat, 13 Feb 2021

Kongsi Foto Ala Pre-Wedding, Uqasha Senrose Bakal Nikah Tak Lama Lagi?

Perkongsian terbaru pelakon Uqasha Senrose menerusi hantaran terbaru di laman Instagram miliknya mendapat perhatian ramai. Uqasha memuat naik foto dirinya menyarungkan busana pengantin serba putih yang kelihatan klasik, mewah dan evergreen rekaan pereka fesyen terkenal, […]

Trending Thu, 21 Mar 2019

Mohd Haziq Mohd Tarmizi Disahkan Meninggal Dunia

Salam Takziah buat keluarga Allahyarham

| Live TV