Trending By: Syamir Shafie January 2, 2024 @ 11:43am

Dengar Suara Memanggil-Manggil, Nampak Melambai-Lambai…Ibu Sakit Rindukan Bella

Genap 18 hari ibu tunggal Mila Sharmila Samsusah atau Bella dilaporkan tidak kelihatan selepas keluar dari rumah, sebarang bukti yang kukuh masih belum berjaya dikumpulkan bagi menjejak misteri kehilangannya itu.

Terkesan dengan ketiadaan Bella, ibunya, Noraini Salleh, 55, mengalami demam dan batuk kerana merindui anaknya.

Bahkan, Noraini juga tidak tenang memikirkan keselamatan serta keadaan anaknya ketika ini.

Perkara tersebut diberitahu oleh kakak sulungnya, Norhisham.

“Sejak kehilangan Bella (Mila Sharmila Samsusah), kesihatan ibu semakin tidak menentu. Sekarang ibu demam dan batuk kerana terlalu rindukan dia,” ujarnya.

Terdahulu, Bella dilaporkan hilang sejak 14 Disember lalu selepas keluar dari rumah untuk ke kedai dobi bersama teman lelakinya pada jam 11.50 malam.

Menurut laporan Harian Metro, ibunya sentiasa terbayangkan wajah Bella setiap hari memandangkan dia kerap bersama Noraini untuk bekerja membantu berniaga makanan bersama-sama.

“Ada ketika ibu terdengar seperti suara Bella memanggilnya, ada juga dia melambai-lambai. Ibu berasa seperti Bella berada dekat dengannya.

“Itulah yang merisaukan kami, apalah nasib adik saya ketika ini, saya tidak kuat untuk hadapi semua ini, dialah satu-satunya adik saya.

“Keluarga kami berhadapan dugaan yang terlalu kuat. Kenapa ada orang sanggup hancurkan hidup kami,” katanya.

Dalam pada itu, Noraini juga sudah hampir sebulan tidak berniaga di sekitar Taman Soga.

Noraini juga menghargai jasa baik orang ramai yang menghulurkan bantuan serta prihatin dengan kes kehilangan Bella ini.

“Walaupun saya tidak mengenali mereka, tapi saya amat terharu dengan doa daripada mereka. Saya rasa mereka bersama saya ketika ini untuk mencari Bella,” luahnya.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Sep 2022

[VIDEO] “Macam P Ramlee & Cik Tipah, Klasik Sangat!” – Netizen Teruja Tonton Lakonan Fazura & Fattah Amin

Wowwww 🤩🤩🤩 Sukanya min tengok pasangan sejoli ni berlakon ala-ala macam dalam filem Allahyarham P Ramlee 🤩🤩 Terbaikk, suara Faz macam Cik Pah!

familuv Sat, 17 Dec 2022

Netizen Sebak Lihat Hubungan Akrab Puteri Balqis & Ibu – “Mereka Harungi Liku Kehidupan Bersama…”

Tular perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang menunjukkan keakraban dan kemesraan pelakon Puteri Balqis dan ibu, Norashikin Mohd Aziz, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Norashikin sentiasa menemaninya dan turut berada di sisi […]

Featured Mon, 20 Feb 2023
Hiburan Sat, 5 Aug 2023
Trending Thu, 16 Jul 2020

Malaysia Sedia Jadi Lokasi Pembotolan Vaksin Covid-19

Semoga Malaysia berjaya tampil sebagai negara pengeluar vaksin!