Categories: Trending

Penyelam Indonesia Temui Kotak Hitam Pesawat JT 610

Insiden pesawat Lion Air JT 610 yang terhempas Isnin lalu menemui penemuan baru hari ini.

Laporan Metro TV Indonesia memaklumkan Indonesia berjaya mengeluarkan kotak hitam pesawat malang itu.

“Kami mengorek di celah sisa pesawat serta dasar laut dan mengeluarkan kotak hitam itu,” kata penyelam dikenali sebagai Hendra di atas kapal Baruna Jaya.

Katanya, kotak hitam itu berwarna oren dan dalam keadaan sempurna. Namun dia tidak menyatakan sama ada barangan itu perakam data penerbangan atau perakam suara kokpit. – Reuters

SGMS Faida