Categories: Trending

Perak, Selangor & Pulau Pinang Catat Pengeluaran Kompaun Tertinggi, Cubaan Rentas Negeri

Negeri Perak, Selangor dan Pulau Pinang mencatatkan pengeluaran kompaun tertinggi atas kesalahan cubaan merentas negeri. Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media harian perkembanga PKPB yang berlangsung di Putrajaya hari ini.

Menurut beliau, Perak merpakan negeri yang paling tinggi dikeluarkan kompaun iaitu sebanyak 40 kompaun, seterusnya negeri Selangor sebanyak 29 kompaun dan Pulau Pinang pula sebanyak 23 kompaun.

Beliau turut memberi peringatan kepada orang awam bahawa rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali alasan yang dibenarkan dan menasihatkan supaya mematuhi arahan serta SOP yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

“Jadi, sekali lagi saya ingin ingatkan kepada semua supaya mematuihi SOP dan sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali dengan 4 alasan yang telah saya sebutkan iaitu kecemasan, kematian, kerja, dan juga melibatkan pasangan yang berpisah. Selain daripada itu, tidak ada kebenaran untuk mereka, untuk rentas negeri”, tegasnya.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover